Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.wa.ris.kan] | مواريثکن

Definisi : 1. meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil seni ini kpd rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.wa.ris.kan] | مواريثکن

Definisi : 1 meninggalkan harta pusaka kpd. 2 menjadikan seseorang sbg waris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waris (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penama: penerima harta, penerima pusaka, anggota keluarga, darah daging, adik-beradik, sanak saudara, kemanakan,

2. Bersinonim dengan penjaga: pengasuh, penyelenggara, pemelihara,

Kata Terbitan : mewarisi, mewariskan, warisan, pewaris,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat pagi. soalan yang dikemukakan adalah penggunaan perkataan diperturunkan dalam konteks ayat "bagi kaum Melayu, kain batik merupakan elemen tradisi yang diperturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi kini. soalan saya adalah, adakah penggunaan diperturunkan betul daripada segi tatabahasa dan sekiranya salah, bagaimana untuk menganalisisnya. hal ini demikian, kata dasar bagi diperturunkan adalah turun yang membawa pelbagai definisi seperti perbuatan, warna, ekonomi. terima kasih.Bagi kaum Melayu, kain batik merupakan elemen tradisi yang diperturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi kini - diperturunkan (kata dasar turun) membawa pelbagai maksud antaranya memindahkan sesuatu kepada (anak, cucu, dan lain-lain), atau mewariskan sesuatu kepada..., berdasarkan maksud tersebut diperturunkan dalam ayat tersebut bermaksud diwariskan dan boleh digunakan. Tatabahasa20.01.2010

Kembali ke atas