Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meyakinkan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.   Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin.

Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.

Tatabahasa23.10.2010
1) Saya sering diminta penjelasan oleh murid-murid: i)mengapa "istirahat" sedangkan kata dasarnya adalah "rehat". ii) Mengapa ejaan "stoking" tidak "stokin". Mohon tuan bantu saya untuk beri hujah yang dapat meyakinkan murid-murid 12 tahun ke bawah. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu.  Begitu juga dengan perkataan stoking yang merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris stocking.Istilah13.03.2009
1.Apakah definisi retorik penceritaan? 2.Apakah tujuan retorik penceritaan? 3.Apakah ciri-ciri retorik penceritaan? 4.Apakah aspek penting retorik penceritaan?

Saudara,

1. Retorik Penceritaan atau naratif ialah suatu bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan. dalam bentuk penulisan, retorik ini meliputi pelbagai jenis seperti cerpen, novel,drama, biografi dll.

2. Retorik melibatkan seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian idea yang menarik dan berkesan  dengan tujuan untuk memujuk, mempengaruhi, meyakinkan pembaca / pendengar tentang sesuatu perkara (Nik Safiah & Wan Malini).

3. Ciri-ciri retorik penceritaan ialah

a. retorik bentuk ini mempunyai bahagian pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian,

b. gaya bahasa yang digunakan bersifat imajinatif, menggunakan bahasa sastera seperti imejan, perlambangan, metafora, persenofikasi dll.

c. terdapat sedikit kebebasan  tatabagasa kerana bersifat ekspresi.

4. aspek-aspek penting dalam retorika; pemerian, pemujukan, penerangan,  penceritaan, pendedahan dan penghujahan.

sekian, terima kasih.  

Sastera31.01.2011
maksud pengantarabangsaan, mitos, dan lagenda

Takrifan kata pengantarabangsaan, mitos, dan legenda  mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat:

1. Pengantarabangsaan: sesuatu perbuatan (proses) mengantarabangsakan. Contoh ayat; wujudnya peluang ekonomi yang semakin banyak akibat pemba­n­gunan dan pengantarabangsaan.

2.  Mitos: 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur­-unsur konsep atau kepercayaan tentang se­jarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang

3. Legenda:1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll).

 

 

Makna23.02.2009

Kembali ke atas