| Jika istilah flagship merujuk kepada andalan bagi telefon pintar. Bagaimana pula kategori "mid-range" Mid-range phones tend to offer the best balance of price and performance, packing high-end features you won't find in the cheapest phones on the market while still sometimes costing half the price of top flagships, or even less | Cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "mid-range phone" ialah telefon jenis sederhana dari aspek harga, kualiti, prestasi, storan dan lain-lain. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 08.07.2022 |
| Apakah terjemahan untuk ‘Mid-Market Rate’ iaitu istilah yang digunakan dalam skop kewangan untuk menerangkan kadar tukaran wang asing semasa? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah 'mid-market rate' ialah kadar pasaran pertengahan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 21.09.2022 |
| Salam sejahtera. Apakah istilah yang sesuai bagi menerangkan "Mid-Atlantic states" iaitu satu kawasan di Amerika Syarikat. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Mid-Atlantic States" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Negara Atlantik Tengah. | Istilah | 16.04.2014 |
| Apakah padanan untuk istilah seperti 'early-teens, mid-teens, late-teens'? | Maklumat berkenaan tiada dalam sumber rujukan kami. Berdasarkan carian, ada yang mengkategorikan usia antara 13–15: early teens; 15–16: mid teens; dan 16–19: late teens. Walau bagaimanapun ini ia bukanlah suatu sumber yang rasmi. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2018 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Hydraulic Directional Control Manual Mid Position Valves 2. Hydraulic Directional Control Manual Normally Closed Valves Various Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: 1. Hydraulic Directional Control Manual Mid Position Valves - Injap Tengah Manual Kawal Arah Hidraulik 2. Hydraulic Directional Control Manual Normally Closed Valves Various - Injap Biasa Tertutup Manual Kawal Arah Hidraulik | Istilah | 07.03.2016 |
| Salam sejahtera. Bolehkah saya tentang : 1. Dragon Boat Festival dalam BM sepatutnya ditulis sebagai apa? Perayaan Bot Naga @ Perayaan Duan Wu @ Perayaan Kuih Chang? 2. Mid Autumn Festival dlm BM ditulis sbg Perayaan Kuih Bulan @ Perayaan Tanglung @ Perayaan Zhong Qiu? Terima kasih | Dragon Boat Festival ialah Festival Perahu Naga manakala Mid Autumn Festival di Malaysia biasanya dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan. | Lain-lain | 07.01.2021 |
| Boleh saya dapatkan terjemahan untuk istilah berikut: i. xylol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate iii. sperm mid-piece iv. straight-line velocity (VSL) v. average-path velocity (VAP) vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) vii. curvilinear velocity (VCL) viii. beat cross frequency (BCF) Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: i. xylol - xilol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate - N-[2-hidroksietil]piperazina-N'-[asid etanasulfonik] aluminium kalium sulfat dodekahidrat iii. sperm mid-piece - bahagian tengah sperma iv. straight-line velocity (VSL) - halaju garis lurus v. average-path velocity (VAP) - halaju laluan purata vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) - amplitud alihan sisi sentroid vii. curvilinear velocity (VCL) - halaju garis melengkung viii. beat cross frequency (BCF) - frekuensi silang rentak | Istilah | 15.04.2012 |
| Persoalan saya disini, Bolehkah kami mengunakan teks yang sama seperti pada papan iklan tersebut di poster kami iaitu , ‘STOR UTAMA MID VALLEY’ kerna kami ingin teks di kedua tempat adalah sama. | Untuk pertanyaan berkenaan permohonan iklan, sila hantar aduan melalui Sistem DBP Sah Bahasa atau hubungi talian 03-21479100/03-21479200. | Lain-lain | 24.06.2025 |
| Assalamualaikum Tuan. Saya ingin bertanya tentang Korpus DBP. Mengikut semakan saya melalui Laman Web DBP, (http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/76?mid=61), saiz korpus DBP sehingga 25 November 2008 adalah lebih kurang 135 juta perkataan. Saya ingin mengetahui: 1. Setakat 28 Mei 2021, berapakah jumlah perkataan terkini korpus ini? Adakah bahan-bahan sentiasa dikemaskini dari tahun 2008 hingga kini? 2. Berapakah jumlah subkorpus yang terangkum dalam pangkalan korpus DBP? Boleh tuan berikan pencerahan dan butiran setiap subkorpus? Setakat 2021, adakah jenis subkorpus masih kekal sama atau terdapat pertambahan? Saya berharap persoalan ini mendapat respon daripada pihak Tuan. Sekian, terima kasih | Sehingga 28/5/2021, bahan-bahan sentiasa dikemaskinikan dalam Pangkalan Data Korpus DBP dan kini sebanyak 119,326 bahan yang mengandungi 124,743,168 kata. Bahan dalam subkorpus semakin bertambah. Subkorpus kekal: 1) Lain-lain - 13 bahan, 75,201 kata 2) Akhbar, 115,530 bahan, 59,267,169 kata 3) Buku, 822 bahan, 27,823,956 kata 4) Majalah, 1,981 bahan, 10,599,710 kata 5) Efemeral, 36 bahan, 110,676 kata 6) Teks Sastera, 801 bahan, 26,206,665, kata 7) Kertas Kerja, 143 bahan, 659,791 kata
| Lain-lain | 28.05.2021 |
| Aduan saya mengenai teks pada papan iklan. Sila rujuk lampiran yang disertakan. Persoalan saya disini, Bolehkah kami mengunakan teks yang sama seperti pada papan iklan tersebut di poster kami iaitu , ‘STOR UTAMA MID VALLEY’ kerana kami ingin teks di kedua tempat adalah sama. | Untuk makluman tuan/puan, sila hubungi 03-21479100/9200 untuk pertanyaan mengenai pengesahan bahasa Melayu dalam iklan. Pegawai kami akan membantu memberikan pandangan. Pihak tuan/puan juga boleh membuat Aduan melalui laman web dbpsahbahasa.my. Untuk pertanyaan yang berkaitan dengan iklan pada masa-masa yang akan datang, sila berikan nombor permohonan iklan untuk rujukan dan semakan kami. | Lain-lain | 01.07.2025 |