millennium | Ejaan yang betul ialah milenium. Maknanya pula tempoh masa seribu tahun, alaf. | Makna | 19.01.2010 |
Tuan, soalan saya ialah untuk tujuan pemasaran perkhidmatan untuk pengguna milenium: 1. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "Song Writer" Penulis muzik / Pencipta muzik / Penggubah lagu / Komposer? 2. Adakah penggunaan perkataan "Trending" dibenarkan dalam Bahasa Melayu? Di Astro TV, perkataan "Trending" sering digunakan oleh pembaca berita hiburan. Jika tidak dibenarkan, apakah perkataan yang patut digunakan? Popular / Sohor Kini? 3. Apakah perkataan Melayu yang betul untuk "Scroll"? Skrol atau Tatal? 4. Adakah dibenarkan untuk menggunakan perkataan "Hashtag" (#) yang digunakan secara meluas dalam aplikasi Instagram? Walaupun saya tahu bahawa terdapat perkataan "Tanda pagar" dalam kamus Dewan. Pada pendapat saya, Skrol, Trending dan Hashtag wajar digunakan kerana anak-anak muda lebih cenderung untuk menggunakan perkataan yang seakan Bahasa Inggeris. Diharap tuan dapat memberikan jawapan yang paling tepat (untuk tujuan pemasaran) jika pilihan yang saya berikan di atas adalah tidak tepat. Terima kasih. | 1. Padanan Bahasa Melayu untuk “song writer” ialah pencipta lagu, pengubah lagu, komposer lagu. Pengguna boleh menggunakan mana-mana padanan bahasa Melayu. 2. Trending diberikan padanan Sohor Kini dalam bahasa Melayu. Popular dan Sohor Kini membawa maksud yang sama. Pengguna boleh menggunakan mana-mana perkataan bersesuaian dengan konteks ayat. 3. Pengguna boleh menggunakan skrol atau tatal sebagai padanan bahasa Melayu untuk “scroll”, iaitu salah satu ikon yang terletak di tepi atau di bawah paparan komputer, bertujuan menggerakkan muka surat dengan menggunakan tetikus. 4. Apabila sesuatu perkataan sudah ada dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut hendaklah digunakan. Sekiranya bahasa Inggeris digunakan, ini bermakna pengguna telah menggunakan bahasa rojak (percampuran bahasa asing dengan bahasa Melayu) dan tidak menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan dan penulisan. Untuk membiasakan pengguna dengan perkataan baharu, kami mencadangkan istilah bahasa Melayu digunakan dengan istilah bahasa Inggeris dalam kurungan, contohnya ditulis seperti yang berikut: Tanda pagar (hashtag), sohor kini (trending). Apabila perkataan dalam bahasa Melayu kerap digunakan, lama-kelamaan masyarakat akan terbiasa dan merasa tidak jangka menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu. Untuk membiasakan pengguna dengan perkataan baharu, kami mencadangkan istilah bahasa Melayu digunakan dengan istilah bahasa Inggeris dalam kurungan, contohnya ditulis seperti yang berikut: Tanda pagar (), sohor kini (). Apabila perkataan dalam bahasa Melayu kerap digunakan, lama-kelamaan masyarakat akan terbiasa dan merasa tidak jangka menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu. | Istilah | 28.03.2019 |
Adakah perkataan alaf dan alfu membawa maksud sama iaitu seribu tahun (milenium) ataupun hanya alaf sahaja bermakna seribu tahun dan alfu hanya merujuk seribu sahaja (nombor tidak merujuk tahun)? | Perkataan alaf dan alfu membawa maksud yang sama, iaitu seribu tahun. | Makna | 14.03.2018 |
Tuan, Saya ingin bertanyakan mengenai terjemahan 'millennial generation' dalam Bahasa Melayu. Bolehkah saya menterjemahkannya kepada generasi milenial dalam penulisan saya. Besar harapan saya agar tuan dapat menjawab persoalan ini kerana saya telah mengemukakan soalan yang sama pada bulan Oktober lalu tetapi masih belum memperoleh jawapan daripada pihak tuan. Terima kasih atas kerjasama. | Berdasarkan data DBP, tiada padanan dalam bahasa Melayu untuk istilah 'millennial generation'. Dalam data kami, terdapat istilah generasi milenium (untuk padanan dalam bahasa Inggeris millenium generation) yang merujuk pada generasi yang lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001 (di banyak negara). Istilah generasi milenium juga dikenali sebagai Generasi Y digunakan dalam bidang demografi, sains politik, dan pemasaran. | Istilah | 28.11.2017 |
salam... Tuan/Puan, Soalan pertama: saya ingin mendapatkan maksud kepada perkataan Generasi Y. Soalan kedua: Berikut adalah salah satu tajuk seminar kami, adakah penggunaannya bahasanya betul?..."Kekal Kreatif Kekal Inovatif : Generasi Y". Soalan ketiga: Bolehkah kami mendapatkan beberapa tajuk seminar yang melibatkan "Generasi Y'. Sekian, terima kasih. Nurul (LIC, MPC) | Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Tajuk sesuai ialah "Generasi Y: Kekal Kreatif, Kekal Inovatif" atau "Generasi Y: Kreatif dan Inovatif". Belum ada lagi tajuk dan rujukan seminar tentang Generasi Y dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 06.04.2011 |
membajak padi betul ke ayat tu? emel ada dash ke tak de? generasi Y , G tu kena huruf besar ke? | Salam sejahtera, Membajak berasal daripada kata dasar 'bajak' yang bermaksud alat untuk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. Membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala. Penggunaan 'membajak padi' adalah salah dan yang sebetulnya ialah membajak sawah. Ejaan yang betul bagi emel ialah e-mel. Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Cara penulisan yang tepat ialah 'Generasi Y' dan 'Generasi G'. (Kedua-dua permulaannya perlu ditulis dengan huruf besar) | Ejaan | 04.11.2012 |