Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "milestone"? Contohnya "Project Milestone" dan "Payment Milestone" ? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan “Project milestone” dan ”Payment Milestone”. Dalam data rujukan kami, perkataan “milestone” diterjemahkan sebagai batu penanda. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "progress payment" yang padanan bahasa Melayunya ialah pembayaran ikut kerja dan “developmental milestone” yang dipadankan sebagai jadual perkembangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.03.2018 |
Hai, apakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi "milestone payment". Maksud milestone payment: bayaran setelah mencapai sesuatu target/sasaran Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "milestone payment". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "progress payment" yang padanan bahasa Melayunya ialah pembayaran ikut kerja. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "milestone payment" ialah pembayaran ikut kerja atau pembayaran berdasarkan perkembangan. | Istilah | 25.10.2012 |
istilah 'milestone' dalam BM | Milestone dalam bidang Kejuruteraan dan Ukur ialah batu penanda. | Istilah | 18.12.2011 |