Ejaan Jawi se-Malaysia, sin + sempang + min-lam-ya-sin-ya-alif atau sin digabungkan menjadi sin-min-lam-ya-sin-ya-alif? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah سمليسيا. | Ejaan | 14.04.2012 |
Selamat sejahtera, Apakah singkatan yang sesuai bagi "minit"? "min" atau "mnt"? Bagaimana pula dengan singkatan "saat"? Terima kasih. | Perkataan minit boleh dieja dalam bentuk singkatan seperti min., namun saat lazimnya dieja penuh. | Ejaan | 26.03.2015 |
Salam 1Malaysia, soalan 1. bagaimanakah cara menggunakan ayat untuk perkataan 'masing-masing' dalam ayat berikut: Min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. ATAU min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah M=180.68 dan M=142.87 masing-masing. soalan 2. Adakah perlu saya meletakkan huruf 's' bagi perkataan respons? atau memadai dengan respon terima kasih | 1. Minimum kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah oleh murid-murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 dan 142.87. 2. Ejaan yang betul ialah respons. | Tatabahasa | 13.02.2015 |
Salam 1Malaysia, saya memohon bantuan membina ayat yang paling sesuai untuk pernyataan dibawah: Berikutnya, min kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah M=25.81 dan M=21.32 masing-masing. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, min kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing- masing M=100.85 dan M=92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid. terima kasih | Berikutnya, minimum kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 25.81 dan 21.32. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, minimum kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 100.85 dan 92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid. | Tatabahasa | 14.02.2015 |
Encik, Apakah cakap pindah yang betul bagi cakap ajuk yang berikut? "Min, ambil wang ini," kata Hashim kepada saya. 1. Hashim menyuruh saya supaya mengambil wang itu. ataupun 2. Hashim menyuruh Amin supaya mengambil wang itu. *** Antara penggunaan 'saya' dan 'Amin', manakah yang betul? | Ayat kedua, iaitu, "Hashim menyuruh Amin supaya mengambil wang itu." adalah betul. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
Encik, Apakah cakap pindah yang betul bagi cakap ajuk yang berikut? "Min, ambil wang ini," kata Hashim kepada saya. 1. Hashim menyuruh saya supaya mengambil wang itu. ataupun 2. Hashim menyuruh Amin supaya mengambil wang itu. *** Antara penggunaan 'saya' dan 'Amin', manakah yang betul? | Ayat kedua, iaitu, "Hashim menyuruh Amin supaya mengambil wang itu." adalah betul. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
salam 1Malaysia, soalan saya: adakah perkataan "masing-masing" diletakkan dalam contoh ayat berikut sesuai digunakan bagi menjelaskan hasil keputusan analisis. mohon pembetulan. tq Contoh ayat: keputusan analisis menunjukkan perbezaan min kompetensi guru antara responden guru lelaki-perempuan (2.0), guru sekolah rendah-sekolah menengah (3.0) , guru berpengalaman mengajar 1-5 tahun - guru berpengalaman 6-10 tahun (4.0). Ini menunjukkan bahawa, min kompetensi responden guru Lelaki, guru Sekolah Rendah, dan guru yang berpengalaman mengajar 6-10 tahun masing-masing lebih tinggi berbanding responden guru Perempuan, guru SM, guru berpengalaman mengajar 1 – 5 tahun. | Keputusan analisis menunjukkan perbezaan yang minimum kompetensi guru antara responden guru lelaki dengan guru perempuan (2.0), antara guru sekolah rendah dengan guru sekolah menengah (3.0) , antara guru berpengalaman mengajar 1 -5 tahun dengan guru berpengalaman 6-10 tahun (4.0). Ini menunjukkan bahawa, minimum kompetensi responden guru Lelaki, guru Sekolah Rendah, dan guru yang berpengalaman mengajar 6-10 tahun masing-masing lebih tinggi berbanding responden guru Perempuan, guru SM dan guru berpengalaman mengajar 1 – 5 tahun. | Tatabahasa | 17.08.2015 |
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "banned"? Sesuai kah ia diterjemahkan kepada "diharamkan"? Contoh ayat: You are banned from this website and unable to login for 10 min. Terima kasih. | Untuk makluman terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk ban, iaitu haram, halang, larang, sekat dan tahan. Berdasarkan konteks yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah dihalang atau disekat. | Istilah | 16.10.2012 |
saya muhammadikran mama saya sedang belajar bahasa melayu.dasar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.apakah maksud ayat bersusun.terima kasih | min-height: 20px; padding-left: 0px; padding-right: 0px; height: auto; padding-top: 0px;">Selamat petang: Untuk makluman, tidak terdapat istilah "ayat bersusun"dalam rekod kami. Kami berpendapat istilah yang dimaksudkan ialah ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Contoh ayat majmuk: 1. Ali guru tetapi adiknya kerani. 2. Anak itu lapar kerana belum diberi susu. 3. Selendang ini untuk ibu manakala songkok itu untuk ayah dan baju ini untuk adik. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai pemotongan suku kata. Contoh "pemindahan", pemotongan suku kata : pemindah-an atau peminda-han? Apakah syarat-syarat pemotongan suku kata. | Penggal suku kata bagi perkataan pemindahan ialah pe.min.dah.an, iaitu kv.kvk.kvk.vk. Untuk maklumat terperinci tentang penggalan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi. | Tatabahasa | 28.03.2012 |