| Salam sejahtera. Apakah padanan istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk "conscious mind" dalam ayat-ayat berikut: 1. ...hidden emotions that drive our "conscious mind" play a most important role... 2. We can learn to be familiar with the biases and access them from our "conscious mind". 3. ...the dominant influence of the unconscious and subconscious on our "conscious mind"... 4. ...where the subconscious drives the "conscious mind" Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah conscious mind secara umumnya ialah minda sedar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 30.01.2024 |
| Ungkapan “penyampaian secara mind-on dan hands-on” sering digunakan. Apakah terjemahan untuk “mind-on” dan “hands-on” dalam bahasa Melayu? | Menurut Istilah Pendidikan, Penyampaian secara "hands-on" bermaksud "amali" atau "praktikal". Bagi ungkapan "mind-on", kami memerlukan konteks dan dalam bidang apakah ungkapan tersebut digunakan. | Istilah | 31.05.2007 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mengenal pasti padanan kata bagi perkataan berikut: (1) brain teaser (2) mind twister (3) Master Mind Game. Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam WM WBT dan Salam Sejahtera. Padanan harus digunakan dalam konteks yang bersesuaian. Cadangan padanan berdasarkan perkataan yang diberikan ialah (1) brain teaser - belit-belit akal; masalah yang rumit (2) mind twister - enigma; teka-teki (3) master minda game - perancangan permainan; perancang percaturan. | Istilah | 13.10.2014 |
| Apakah terjemahan sesuai untuk istilah "cognitive reserve"? Contoh ayat: Cognitive reserve is the mind's resistance to damage of the brain. The mind's resilience is evaluated behaviorally, whereas the neuropathological damage is evaluated histologically, although damage may be estimated using blood-based markers and imaging methods. Pautan: https://en.wikipedia.org/wiki/Cognitive_reserve | Salam sejahtera, Pihak kami mencadangkan istilah untuk perkataan Cognitive reserve ialah Rizab Kognitif. Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. | Istilah | 26.05.2020 |
| Ungkapan penyampaian secara mind-on dan hands-on sering digunakan. Apakah terjemahan untuk minds-on dan hands-on (dalam konteks/bidang mata pelajaran sains) dalam bahasa Melayu? | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "hands-on" ialah amali. Walau bagaimanapun, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk minds-on. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 07.03.2014 |
| Assalamualaikum, through this email I wonder if you would mind helping me to check my abstract's translation in form of Bahasa Melayu. I am an International post graduate student from Univeristy Teknikal Melaka, Malaysia. I already discussed with one of my Malaysian friend to write this abstract, but my supervisor asked me to re-check it again through DBP. I really appreciate any help you can offer me and wiil be happy if you possible to help me, Wassalamualaikum, Affandy. International Post-Graduate Student FITC - UTeM, Melaka | Melalui semakan kami dalam beberapa baris yang awal, banyak ditemukan kesalahan dari aspek ejaan, istilah dan tatabahasa. Penterjemah mestilah mengetahui ejaan yang betul dan menguasai aspek tatabahasa. Banyak ditemukan kesalahan dalam aspek asas tatabahasa seperti penggunaan kata pemeri ialah dan adalah serta perbezaan awalan "di" dan kata sendi nama "di" dan lebih banyak lagi kesalahan dalam binaan ayat dan terjemahan istilah atau konsep. Untuk makluman tuan, kami tidak bertanggungjawab untuk menyemak apatah lagi mengesahkan hasil terjemahan yang telah dibuat kerana pihak yang dibayar sewajarnya bertanggungjawab menyiapkan kerja yang diberikan dengan sempurna sehinggalah tuan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkhidmatan penterjemahan yang berwibawa antaranya khidmat yang ditawarkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia yang boleh dihubungi melalui talian 03-92262506 atau terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 26.05.2014 |
| Harap pihak tuan dapat membantu saya dalam terjemahan tema kami iaitu "Opening Mind, Embracing Change" - Membuka Minda, ....... Perubahan.. | Sila berikan konsep atau maksud tema tersebut (terutama maksud perkataan "embrace") supaya kami dapat berikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.09.2014 |
| Minta Kepastian semakan penggunaan Tema sesuatu program tanggungjawab sosial korporat, contohnya:- 1. "Buku Perangsang Minda" ("Books for mind stimulant") 2. "Kamus Perangsang Tatabahasa" (Dictionary for vacabulary stimulant" 3. "Masjid Perangsang Ummah" (Mosque for society stimulant" | 'Buku Perangsang Minda' dan 'Masjid Perangsang Ummah' betul dan boleh diterima. Walau bagaimanapun, 'Kamus Perangsang Tatabahasa' tidak tepat kerana tatabahasa dalam bahasa Inggeris ialah grammar bukan vocabulary. Vocabulary merujuk kepada perbendaharaan kata. Kamus memberi makna perkataan dan tidak memberikan maklumat tentang tatabahasa. | Lain-lain | 13.04.2011 |
| Boleh kah penterjemahan buku versi bahasa inggeris dibuat dalam bahasa malaysia tetapi dengan menggekalkan beberapa istilah dalam bahasa inggeris. Seperti 7Habits, Be proactive, Begin with end in mind, Put First THings First. Bukan kah ini menunjukkan kelemahan kepada BAHASA MALAYSIA. I rujuk kepada buku bertajuk 7 Habits Of Gighly Effective People yang diterjemah dan di cetak oleh PTS Sdn Bhd. | Untuk makluman, istilah bahasa Inggeris hanya boleh dikekalkan sekiranya belum ada istilah bahasa Melayu yang rasmi. Dalam konteks ini, ayat yang dikemukakan boleh diterjemah kepada bahasa Melayu kerana perkataan tersebut bukan istilah khusus. | Istilah | 15.03.2016 |
| Assalam.... saya cuba mencari terjemahan bagi perkataan 'marshaling' tapi tidak berjumpa. Maksud 'marshaling' adalah....... The marshaling phase involves assembling resources to bring the venture into existence. At the end of the planning phase, the business is only “on paper” or in the mind of the entrepreneur. To bring the business into existence, the entrepreneur gathers (marshals) necessary resources such as capital, labor, customers, and suppliers without which the venture cannot exist or sustain itself. Saya amat berharap pihak tuan dapat mencadangkan terjemahan yang sesuai untuk 'marshaling'. Terima kasih. | Menerusi pengamatan kami perkataan "marshalling" ada unsur maksud gabung, susun, atur dan ubah suai pelbagai faktor yang menghasilkan kejayaan atau keuntungan. Kami mencadangkan perkataan merekayasa yang mempunyai maksud hampir sama. Merekayasa bermaksud melakukan rekayasa, iaitu menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.11.2015 |