| Salam ceria... Sila rujuk kepada ayat berikut: Individual holds incremental mindset makes more inferences compared to individual with entity mindset. Saya menghadapi masalah untuk mengenalpasti terjemahan (1) incremental mindset (2) entity mindset Adakah sesuai kalau saya menggunakan penetapan minda perkembangan dan penetapan minda entiti/tetap? Please advise me. Terima kasih. | 1) Dalam data kami tiada padanan khusus bagi istilah "incremental mindset". Walau bagaimanapun, terdapat perkataan incremental yang diterjemahkan kepada tambahan, meningkat dan tokokan manakala mindset diterjemahkan kepada penetapan minda. Oleh itu, kami memcadangkan "incremental mindset" diterjemahkan kepada "penepatan minda tambahan". (2) Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah "entity mindset" . Walau bagaimanapun, perkataan "mindset" diterjemahkan kepada penetapan minda manakala "entity" diterjemahkan sebagai enititi. Oleh itu kami mencadangkan "entity mindset" sebagai penetapan minda entiti.
| Istilah | 24.10.2013 |
| Apa istilah Bahasa Malaysia untuk "mindset"? Contohnya, mindset individu menentukan sejauh mana kerja itu dilaksanakan. | Padanan bahasa Melayu bagi "mindset" ialah penetapan minda. | Istilah | 22.10.2013 |
| Assalamualaikum. Saya terjumpa soalan dan jawapan berikut di halaman Khidmat Nasihat: S: Istilah Bahasa Melayu untuk ‘Growth Mindset’. J: Antara cadangan ialah penumbuhan penetapan minda (29.04.2020). Menurut kamus Cambridge, 'mindset' is a person's way of thinking and their opinions. Oleh itu, pada pendapat saya, cadangan yang diberikan oleh pihak tuan itu (penetapan minda) adalah kurang tepat. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya berharap pihak tuan dapat menyemak semula semua jawapan bagi soalan 'mindset'. Sekian terima kasih. | Aduan tuan kami ambil maklum dan akan dikemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Istilah | 25.10.2020 |
| Istilah Bahasa Melayu untuk ‘Growth Mindset’ | Antara cadangan ialah penumbuhan penetapan minda | Istilah | 29.04.2020 |
| alihbahasa terbaik untuk "Build our mindset.Do things right the first time!" | Encik Shahrol, Teguhkan minda kita. Lakukan dengan betul dari pertama kali lagi. ini adalah cadangan daripada saya.Mungkin ia boleh berubah jika dapat tahu apakah atau bilakah ia hendak digunakan. | Makna | 20.04.2010 |