Apakah penterjemahan yang sesuai untuk tajuk thesis berikut: "Fabrication of carbon-mineral adsorbent from rice husk". | Cadangan terjemahan bagi Fabrication of carbon-mineral adsorbent from rice husk ialah "Pembuatan bahan serapan karbon mineral daripada sekam padi" | Makna | 08.11.2022 |
Petroleum berasal dari / daripada lapisan mineral yang termendap di bawah tanah. Apakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih. | Kata sendi yang sesuai ialah daripada. Petroleum berasal daripada lapisan mineral tang termendap di bawah tanah. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
Mohon padanan kata untuk "stone wool" Definisi daripada laman web = Stone wool or Rock wool is a spun mineral fibre used as an insulation product and in hydroponics. T.Kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk rock wool ialah wul batuan. | Istilah | 06.04.2011 |
Apakah padanan bagi "Packaged drinking water". Dalam ayat di bawah ini ia dipadankan dengan "air minuman berbungkus". Packaged drinking water 360B. (1) Packaged drinking water shall be potable water or treated potable water, other than natural mineral water, that is hermetically sealed in bottles or other packages and is intended for human consumption. Air minuman berbungkus 360B. (1) Air minuman berbungkus hendaklah air minuman atau air minuman diperlakukan, selain air mineral semula jadi, yang berkedap dalam botol atau bungkusan lain dan dicadangkan untuk makanan manusia. | Padanan packaged drinking water yang sesuai ialah air minuman dalam botol. | Istilah | 18.07.2021 |
Apakah kelas kata bagi xenomorf? | (xénomorf) (Geo) (bkn batu igneus) tidak mempunyai ciri bentuk hablur disebabkan tekanan drpd mineral yg berdekatan: bentuk ~. Maknanya, perkataan tersebut kata nama. | Lain-lain | 15.03.2015 |
Salam, Apakah kata sendi nama yang paling tepat bagi ayat berikut: 1. Kedua-duanya ialah air yang turun dari langit tetapi menjadi beku di udara kerana terlalu sejuk, lalu jatuh ke bumi dalam keadaan beku. 2. Air mineral, iaitu air yang terbit daripada tanah yang suci, walaupun bercampur dengan tanah atau galian lain. Apakah kata sendi nama yg tepat bagi kedua-dua ayat di atas? Sekian, terima kasih. | Penggunaan Kata Sendi Nama pada ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 30.11.2021 |
Apakah perkataan yang paling tepat bagi menggantikan "urban mining"? | "Urban mining" merupakan konsep pemeliharaan alam sekitar melalui proses kitar semula peralatan elektronik dan barangan elektrik yang tidak digunakan untuk mendapatkan kembali elemen asal (logam atau mineral) daripada barangan tersebut. Pihak kami mencadangkan "urban mining" diterjemahkan sebagai "perlombongan urban" atau "perlombongan perbandaran", bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 04.08.2020 |
Kami ingin bertanya dengan lebih lanjut berkenaan padanan "packaged drinking water" yang dicadangkan "air minuman dalam botol". Ini kerana jika digunakan dalam ayat di bawah ini, ia tidak terhad kepada air yang dibungkus dalam botol sahaja tetapi dengan cara yang lain juga. Oleh itu, adakah boleh jika ia dipadankan dengan air minuman berbungkus atau air minuman dibungkus? “Packaged drinking water 360B. (1) Packaged drinking water shall be potable water or treated potable water, other than natural mineral water, that is hermetically sealed in bottles or other packages and is intended for human consumption. Air minuman berbungkus 360B. (1) Air minuman berbungkus hendaklah air minuman atau air minuman diperlakukan, selain air mineral semula jadi, yang berkedap dalam botol atau bungkusan lain dan dicadangkan untuk makanan manusia.”. | Terjemahan yang betul ialah Air minuman dalam botol hendaklah air yang boleh diminum atau air minuman yang dirawat selain air mineral semula jadi, yang terkedap dalam botol atau bungkusan lain, dan menjadi minuman manusia. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.07.2021 |
apa kerja geologist??? boleh x bg detail about geologist.....? adakah kerjaya ini sesuai untuk perempuan......berapa gaji seorg geologist? | Geologis ialah ahli kaji bumi yang berkaiatn dengan asal usul, sejarah, struktur dan komposisi bumi (gunung berapi, hidrologi, batu batan dan mineral). Ahli kaji bumi memerlukan kemahiran sistem maklumat geografi (GIS). Tugas ahli kaji bumi juga berkaitan dengan petroleum dan perlombongan. Tugas ahli kaji bumi sesuai untuk kaum lelaki dan wanita (bagi wanita yang berminat dan bersedia melakukan kerja lapangan yang lasak). | Makna | 03.04.2008 |
Padanan perkataan “adulterant” di bawah ini ialah “bahan aduk”. Walau bagaimanapun, melalui semakan kami di PRPM, padanan bagi “adulterant” ialah “bahan lancung”. Tiada padanan “bahan aduk” ditemui. Apakah padanan yang sesuai digunakan? “179. (3) Edible fat and edible oil shall be free from adulterants, rancidity, offensive odour and taste and, unless otherwise provided in these Regulations, shall not contain more than 10 milliequivalents of peroxide oxygen per kilogram of edible fat or edible oil. It shall not contain any mineral oil or any non-food grade fat or oil. 179. (3) Lemak makan dan minyak makan hendaklah bebas daripada bahan aduk, ketengikan, bau busuk dan rasa yang tidak menyenangkan dan, melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Peraturan-Peraturan ini, tidak boleh mengandungi lebih daripada 10 miliekuivalen peroksida oksigen setiap kilogram lemak makan atau minyak makan. Ia tidak boleh mengandungi apa-apa minyak mineral atau apa-apa lemak atau minyak yang bukan daripada gred makanan.”. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: adulterant - bahan cemar Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 22.06.2021 |