Apakah format yang betul bagi catatan harian dan mingguan? Terima kasih... | Tidak ada format yang standard untuk catatan harian dan mingguan, yang penting catatan mengandungi butiran penting sesuatu perkara seperti tarikh, masa, tempat dan pihak yang terlibat. | Lain-lain | 28.04.2014 |
Salam..saya ingin bertanya tentang kata bilangan. Adakah 'harian, mingguan, bulanan, tahunan, jutaan, ribuan dikira sebagai kata bilangan? Sekian, terima kasih. | Perkataan harian, mingguan, bulanan , tahunan tergolong dalam kata bilangan. | Tatabahasa | 23.08.2013 |
saya nak tanya yang mana satu betul.. bazar minggu atau bazar mingguan yang betul? terima kasih | Kedua-duanya betul. Bazar Minggu ialah nama bazar tersebut, manakala bazar mingguan menandakan bahawa bazar tersebut diadakan pada setiap minggu. | Tatabahasa | 10.02.2012 |
Soalan a dan b merujuk Berita Mingguan ( 8 Jun 2008 ), ingin mengetahui adakah betul penggunaan "kosa kata" a) PM sampai ucap tama sidang Islam - ucap tama b) Kementerian Kerjaraya - kenapa rapat dan bukan jarak ? c) Pelancongan atau pelancungan | Ejaan yang betul ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia dan ucap utama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih. | Ejaan | 08.06.2008 |
salam tuan, apakah makna perkataan 'caras' dipetik daripada akhbar mingguan malaysia 8/5/12 ruangan pancaindera | Untuk makluman tidak ada perkataan "caras" dalam bahasa Melayu. Perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan ialah karas yang bermaksud 1. sejenis tumbuhan (pokok), kayu gaharu, tengkaras, Aquilaria malaccensis. 2. sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, karas-karas, kekaras. | Makna | 08.04.2012 |
Saya ingin mendapat penjelasan mengenai peribahasa harapkan pagar makan padi. Di dalam mingguan malaysia 14 dis merujuk kepada pakar bahasa A Karim A Bakar, perkataan sebenar ialah pegar (burung). Saya juga pernah mendengar slot dbp di dalam nasional fm sebelum ini. Peribahasa tidak semestinya perlu perkataan yg betul sama seperti ibarat kucing bertanduk. Mana ada kucing bertanduk. Mohon penjelasan tuan. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. | Lain-lain | 19.12.2014 |
Adakah Dewan Bahasa sentiasa memantau penggunaan bahasa melayu di dalam akhbar harian samada akhbar perdana atau mingguan. Adakah Dewan Bahasa berhak menegur akhbar ini sekiranya terdapat kesalan bahasa. | Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu di bawah unit pemantauan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap kecelaruan penggunaan bahasa Melayu sama ada dalam majalah,akhbar dan sebagainya. Dewan Bahasa telah membuat teguran kepada pengamal media yang berkenaan dalam mewujudkan suasana berbahasa yang baik dan berkesan.Berdasarkan akta Dewan bahasa dan pustaka (pindaan dan perluasan)1995, DBP telah diberi tugas dan tanggungjawab termasuk memberi arahan,ulasan,nasihat,bantuan,bimbingan dan latihan dan pengawasan kepada semua pihak demi mendaulatkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 25.07.2007 |
Assalamualaikum, Saya bercadang menerbitkan Kumpulan Puisi yang pernah tersiar di dalam akhbar dan majalah termasuk akhbar Berita Minggu,Mingguan Malaysia, Harian Ekspres Sabah, News Sabah Times, Jendela Selatan dan Majalan Dewan Sastera,Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Budaya. 2. Persoalannya: Siapakah pegawai Dewan Bahasa Pustaka yang boleh saya hubungi. Pohon pihak tuan dapat menyertakan alamat emel dan nombor telefon yang memudah saya hubungi. Sekian.Terima Kasih. ISMAIL BIN HASHIM 013-2279930 | Assalamualaikum Tuan Ismail Hashim Berhubung pertanyaan tuan bagaimana untuk menerbitkan buku puisi, saya mencadangkan tuan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Tuan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau melalui e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my). Pihak kami mengalu-alukan hasrat tuan untuk menerbitkan buku puisi dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Lain-lain | 02.05.2018 |
ASSALAMUALAIKUM...SAYA MEMPUNYAI BEBERAPA SOALAN.. 1) BAGAIMANA UNTUK SAYA MEMOHON JAWATAN KOSONG YANG DI IKLANKAN DI DALAM BERITA MINGGUAN YANG BERTARIKH 8 APRIL 2007? 2) BAGAIMANA UNTUK MENJADI AHLI DBP? | 1. Sila isikan dengan lengkap Borang Permohonan Jawatan Kosong yang disediakan di laman web DBP. Lampirkan salinan dokumen sokongan sebagaimana yang dikehendaki/dinyatakan di dalam iklan. 2. Bagi soalan kedua yang anda kemukakan, mohon diperjelaskan maksud AHLI DBP. Adalah ia membawa maksud menjadi pegawai DBP, atau menjadi ahli Kelab Rakan Dewan atau ia membawa maksud lain selain daripa apa yang dinyatakan ini? | Lain-lain | 11.04.2007 |
assalamualaikum admin PRPM saya menulis kepada admin PRPM adalah untuk bertanya dan mengesahkan terjemahan yang dibuat oleh saya sendiri. 1. 1 can = 100% Omega 3 ( 1 tin = 100% Omega 3 2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda?) 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia?) adakah terjemahan BI kepada BM adalah betul dan mungkin pihak PRPM boleh memberi cadangan untuk pendekkan ayat tersebut tanpa mengubah maksud yang sebenar. terima kasih admin PRPM saya harap pihak admin PRPM boleh membalas mesej saya dengan kadar segera. terima kasih sekali lagi. | Waalaikumussalam Terjemahan yang betul ialah: 1 can = 100% Omega 3 -1 tin = 100% Omega 3 2. of your weekly requirement - memenuhi keperluan mingguan anda 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers - 100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia. | Makna | 21.09.2018 |