| Apakah perbezaan maksud perkataan MOHON dengan MINTA | 'Mohon' bermakna minta; minta izin; mengemukakan permintaan, minta supaya diperkembangkan. 'Minta' menyatakan mahu akan sesuatu atau memohon untuk mendapatkan sesuatu. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hlm. 1040 dan 1034. | Makna | 18.07.2010 |
| Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan untuk kita meminta sesuatu melalui persuratan. DIMOHON atau DIPOHON | Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud meminta. Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 21.10.2014 |
| Apakah perbezaan diantara dipohon dan dimohon. Dalam situasi apakah perkataan tersebut dipakai? | Saudara, Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud meminta. Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.12.2009 |
| Adakah terdapat perbezaan pada penggunaan perkataan "dipohon" dan "dimohon" ? Yang manakah penggunaan perkataan yang betul ? Bolehkah diberikan contoh penggunaan keduanya ? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud memohon meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1040 dan 1220 untuk maklumat lanjut. | Istilah | 03.12.2010 |
| Salam sejahtera, 1.SILA/MINTA gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya. 2.SILA /MINTA duduk di barisan hadapan. 3.SILA/MINTA gunakan alat muzik ini dengan cermatnya. Jawapan yang mana satu lebih tepat? Apakah perbezaan antara SILA dengan MINTA? Sekian, terima kasih. | Perkataan “sila” dan “minta” merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Kata “sila” lazimnya digunakan untuk meminta seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih hormat, contohnya “Sila ambil makanan di sana” atau “Sila gunakan piring-piring seramik itu dengan cermat”. Perkataan “minta” digunakan untuk memohon seseorang berbuat sesuatu. Contohnya, “Minta tuan-tuan bersabar sebentar”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Perdana. | Tatabahasa | 09.10.2023 |
| 1.Apakah cara membezakan kata perintah " sila" dan "minta'? 2. ( Sila , Minta ) membawa kad pengenalan kamu ? Apakah jawapan yang betul dalam soalan ini ? Terima kasih.. | 1. Sila bermaksud meminta (menyuruh, mengajak dsb) dengan hormat, manakala minta bermaksud lebih umum, iaitu memohon (untuk mendapat sesuatu). 2. Lazimnya diungkapkan "sila bawa kad pengenalan kamu" atau "minta kad pengenalan kamu". | Tatabahasa | 11.06.2010 |
| Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkaitan dengan kata perintah sila dan minta. Contoh soalan ini -->( ) gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya.Boleh saya tahu jawapan paling tepat ialah sila atau minta. Apa syarat yang perlu ada jika kita ingin menggunakan kata perintah minta. Adakah belakang kata perintah minta tidak boleh diikuti dengan kata kerja?Mengapa? Itu sahaja pertanyaan saya. Sekian, terima kaish. | Kata sila dan minta merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan dan permintaan. Perkataan sila atau jemput digunakan dalam ayat silaan dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Kata sila hadir sebelum kata kerja. Manakala perkataan minta dan tolong pula digunakan dalam ayat permintaan dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Kata minta tidak boleh dikuti dengan kata kerja kerana kata minta itu sendiri merupakan kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata perintah silaan dan permintaan biasanya tidak boleh membawa pengertian yang negatif, sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Oleh itu, penggunaan kata perintah yang betul dalam ayat yang diberikan ialah minta. Contoh ayat yang betul ialah Minta tuan dan puan gunakan piring-piring seramik ini dengan cermat. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 448-452. | Tatabahasa | 08.09.2021 |
| Adalah perkataan "dimohon" sesuai digunakan dalam surat menyurat rasmi Kerajaan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin; manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
| Minta semakan tatabahasa bagi laporan berita dibawah. Terima kasih. JOHOR BAHRU, 16 Mei 2026 - Kelab A UTM dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM telah menganjurkan dengan jayanya Program Basic Life Support Training di Aras 1 Pusat Kesihatan UTM. Penganjuran program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran kritikal bagi menghadapi situasi kecemasan. Seramai 27 peserta dalam kalangan mahasiswa UTM telah menyertai program ini yang mendedahkan mereka kepada teori dan kemahiran praktikal tentang Basic Life Support, Teknik Resusitasi kardiopulmonari (CPR), penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dan Teknik Rawatan Tercekik. Program ini diakhiri dengan ujian teori dan praktikal untuk melayakkan para peserta mendapatkan sijil sebagai perawat yang diiktiraf oleh Pusat Kesihatan UTM. Program ini menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG) 3 melalui peningkatan tahap kesihatan serta kesejahteraan dalam kalangan mahasiswa UTM. Selain itu, SDG 4 turut tercapai melalui program ini yang menggalakkan pendidikan sepanjang hayat kepada mahasiswa UTM. Semoga penganjuran program ini memberi manfaat kepada mahasiswa UTM untuk membantu yang memerlukan pada saat kecemasan sama ada di dalam mahupun di luar kampus UTM. | Sekiranya tuan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen tuan melalui e-mel ayu@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga. Sila pastikan dokumen tuan mengikut format berikut: Jenis huruf: Arial Saiz huruf: 12 Langkau: 2 baris | Lain-lain | 19.05.2026 |
| Minta jasa baik pihak tuan untuk semak terjemahan ini, High quality products and services through continual improvement (Produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi melalui penambahbaikan yang berterusan) Timely delivery of products and services (Penghantaran produk dan perkhidmatan mengikut masa yang ditetapkan) Sustainability of business practices to meet all the stakeholder requirements (Amalan perniagaan yang mampan untuk memenuhi keperluan semua pemegang taruh) | Terjemahan tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. High quality products and services through continual improvement. Produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui penambahbaikan berterusan. 2. Timely delivery of products and services. Penghantaran produk dan perkhidmatan tepat pada masanya. 3. Sustainability of business practices to meet all the stakeholder requirements. Kelestarian amalan perniagaan untuk memenuhi semua keperluan pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, terjemahan tersebut perlulah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam teks yang dimaksudkan. Untuk pertanyaan yang akan datang, mohon kemukakan satu pertanyaan dalam satu medan soalan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2025 |