Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Pisang emas balik rumah,
     Daun keladi dibalik-balik;
Minta maaf tuan rumah,
     Esok pagi saya nak balik.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat di sebelah ini betul? 1. Saya minta maaf dengan cikgu. Saya merasakan ayat ini salah kerana kata sendi nama "dengan" digunakan. Berdasarkan maksud pertama "dengan", "dengan" bermaksud bersama-sama. Jadi, seluruh ayat (1) bermaksud saya minta maaf terhadap seseorang bersama-sama cikgu. "Seseorang" itu tidak dinyatakan. "Cikgu" menjadi teman "saya" minta maaf. Ayat ini salah, kerana "cikgu" bukan teman saya minta maaf, tetapi sasaran saya melakukan perbuatan "minta maaf". Oleh itu, untuk menyatakan sasaran manusia, kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" lebih tepat. Ayat (1) patut dibetulkan menjadi: 2. Saya minta maaf kepada cikgu. ATAU 3. Saya minta maaf terhadap cikgu. Tetapi, saya ada satu soalan lagi. Bukankah "maaf" itu datang daripada "cikgu"? Jadi, "cikgu" ialah sumber "maaf". Sekarang, saya minta "maaf" daripada "cikgu", jadi, maaf itu datang daripada cikgu. Sekiranya anggapan ini betul, patutkah kata sendi nama "daripada" digunakan? Ayat berbentuk begini: 4. Saya minta maaf daripada cikgu. Antara beberapa ayat, ayat yang manakah paling jitu (tepat)?Ayat yang gramatis ialah "Saya minta maaf kepada cikgu" kerana cikgu menjadi sasaran selepas kata sendi nama kepada. Ayat "Saya minta maaf dengan cikgu" lazimnya digunakan dalam percakapan.

 
Tatabahasa31.01.2015
Hi nak tanya, 1:Saya minta maaf, cikgu atau Saya minta maaf, Cikgu? 2:Adakah perkataan "sedekat" boleh digunakan? Contoh: Aku ingin melihatmu sedekat mungkin? Terima kasih.1. Dalam konteks ayat tersebut, cikgu ialah kata nama am. Oleh itu, ejaan/ayat yang betula ialah Saya mohon maaf, cikgu.
2. Aku ingin melihatmu sedekat mungkin. - Perkataan "sedekat" betul dan boleh digunakan. Ayat ini lazimnya digunakan dalam karya kreatif. 
Tatabahasa17.04.2024
Minta maaf, mohon abaikan pertanyaan saya sebelum ini kerana terdapat sedikit pembetulan. Pertanyaan saya seperti berikut: Sekiranya saya ingin menulis nama dengan gelaran YBhg. Dato' Dr. Ir. Ahmad Firdaus bin Kamarazaman dalam huruf besar, bagaimanakah cara yang betul. Adakah YBhg. DATO' Dr. Ir. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN atau YBHG. DATO' DR. IR. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN? Sapaan YBhg. dan gelaran Dr. dan Ir. tersebut dalam huruf besar atau huruf kecil?Penggunaan yang betul ialah YBHG. DATO' DR. IR. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN.Lain-lain11.11.2022
Minta maaf di sini. Cuma hendak tahu berapa lamakah biasanya untuk dapat kelulusan (as per attached) ? Bagaimanakah kami dapat tahu sama ada sudah lulus atau belum ? Regards, Joreen LeeUntuk makluman, jika mengikut Piagam Pelanggan kami, masa yang diperlu untuk semakan visual papan iklan ialah 3 hari waktu bekerja. Manakala tentang status kelulusan, pihak kami akan memaklumkannya melalui e-mel.Lain-lain18.04.2017
Minta maaf tuan, jawapan yang tuan berikan tidak menjawab kemusykilan yang saya kemukakan keran soalan saya bertanyakan penggunaan huruf besar atau huruf kecil dalam pengggunaan "Dr." dalam surat rasmi. Harap tuan dapat meneliti soalan saya, iaitu "Adakah perlu gelaran 'Dr.' ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD?" Soalan 2: "Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya?". Terima kasih.
1.    Ya, gelaran Dr. perlu ditulis sebelum nama penuh individu yang berkelulusan Ijazah Doktor Kehormat (PhD) ataupun doktor perubatan. 2.    Jika ditulis dalam huruf besar kesemuanya, bermakna kesemuanya huruf besar - DR. AZMI dan jika ditulis dengan huruf kecil ejaan yang betul ialah Dr. Azmi.
Ejaan08.04.2017
Minta maaf, ada satu pertanyaan di sini.......ayat tunggal tukar menjadi ayat majmuk ...a. ahmad membeli baju itu. B. Baju itu mahal. Jawapan manakah paling tepat ? 1. ahmad membeli baju yang mahal itu. 2. Ahmad membeli baju itu walaupun baju itu mahal.. 3. Ahmad membeli baju itu walaupun mahal ...terima kasih atas tindak balas pihak tuan .. 
Menurut data kami, jawapan yang betul ialah 1. Ahmad membeli baju yang mahal itu.
Lain-lain17.05.2016
Minta maaf kerana pertanyaan saya kurang jelas. Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan Kegiatan kokurikulum dapat menambahkan ilmu pengetahuan memang tidak salah dari segi tatabahasa iaitu bersesuaian dengan pola ayat FN+FK. Adakah ayat pertama lebih pelik dari segi konteks kerana orang tidak dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kalau ayat ini dinyatakan dengan frasa keterangan iaitu Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan menyertai kegiatan kokurikulum adakah ayat ini lebih betul. Terima kasih.Ayat "Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan menyertai kegiatan kokurikulum" adalah betul.Tatabahasa20.03.2016
Minta maaf, saya salah tulis untuk pertanyaan lalu. Sepatutnya perbezaan antara 'kamu' dan 'awak'. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi 4, "kamu" ialah kata ganti diri kedua yang biasanya digunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih muda daripada kita dan dalam situasi yang agak rasmi, misalnya apabila seorang guru bercakap dengan muridnya. "Awak" juga kata ganti diri kedua, tetapi digunakan apabila bercakap dengan orang yang sama taraf atau sebaya dan biasanya dalam situasi yang tidak rasmi.Tatabahasa02.11.2015
Minta maaf, kesilapan dalam menaip kata ~merupakanKami ambil maklum.Lain-lain01.10.2015
minta maaf, sila semak No. Pendaftaran : 21725/2015 Tarikh Permohonan : 01/06/2015, No. Pendaftaran : 21723/2015 Tarikh Permohonan : 01/06/2015 terima kasih.Permohonan tuan telah disemak.Lain-lain04.06.2015
12345

Kembali ke atas