Apakah padanan yang tepat bagi menerangkan suhu di bawah sifar dalam unit celcius? minus 30 Negatif 30? | Salam sejahtera, Padanan bagi suhu di bawah sifar ialah negatif. Sekian, terima kasih. | Istilah | 25.10.2017 |
Dalam ayat di bawah, selepas tanda sempang (-), huruf berikutnya perlu dimulakan dengan huruf besar atau kecil? Prasarana dan Fasiliti yang Berkualiti - Stadium Sultan Ibrahim, yang dimiliki oleh JDT, menjadi tarikan kepada penaja antarabangsa seperti Unifi dan Nike. | Selepas tanda pisah (−), perkataan berikutnya dimulakan dengan huruf kecil kecuali kata nama khas. Contoh seperti yang berikut: i. Prasarana dan kemudahan yang berkualiti − Stadium Sultan Ibrahim, yang dimiliki oleh JDT menjadi tarikan kepada penaja antarabangsa seperti Unifi dan Nike. ii. Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan kepada dirinya − sedih, gembira, marah dan kesal. | Tatabahasa | 01.02.2025 |