| pengertian 1. mempelbagaikan ekonomi? 2. minyak dan gas? 3.ekonomi minyak dan gas | Selamat pagi: Mempelbagaikan ekonomi bermaksud perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat. Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi seperti perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain. Minyak dan gas merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara Malaysia. | Lain-lain | 23.09.2016 |
| Mohon jasa baik untuk menterjemahkan penyataan tersebut dalam bahasa Melayu. "Energy Sector, Oil & Gas- Subsea Division" | Terjemahan yang dicadangkan ialah Sektor Tenaga, Minyak dan Gas - Bahagian Bawah Laut | Istilah | 28.08.2012 |
| Kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Saya ingin mendapatkan pandangan DBP berkenaan terjemahan istilah teknikal “nitrogen purging” ke dalam Bahasa Malaysia yang tepat. Dalam industri minyak dan gas, nitrogen purging merujuk kepada proses memasukkan gas nitrogen ke dalam tangki atau paip untuk menyingkirkan oksigen, wap hidrokarbon, atau udara, dengan tujuan memastikan keadaan selamat sebelum operasi. Mohon panduan sama ada istilah yang sesuai digunakan dalam Bahasa Malaysia ialah “pembersihan nitrogen”, “penyahgasan nitrogen”, atau bentuk lain yang lebih tepat. Sekian, terima kasih atas bantuan pihak DBP. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah nitrogen purging ialah pembersihan nitrogen. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.09.2025 |
| Assalamualaikum wbt tuan/puan, Di sini, saya inginkan bantuan tuan/puan berkenaan terjemahan yang saya lakukan untuk beberapa istilah bidang, iaitu dalam bidang perpaipan (industri gas dan minyak). Ayatnya adalah seperti yang berikut: Teks sumber (TS) 1. Confirm the following valves are in place: - 1" globe valve upstream XV-30468 is open (U-6A) - 1" globe valve downstream FI-31277 is closed (U-6B) Teks terjemahan (TT) 1. Pastikan injap-injap berkenaan berada di kedudukan masing-masing: - injap glob 1" di huluan XV-31468 dibuka (U-6A) | Waalaikumussalam. Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Pastikan injap berikut berfungsi di kedudukan masing-masing: - injap glob 1" di huluan XV-31468 dibuka (U-6A) - injap glob 1" di hiliran FI-31277 ditutup (U-6B) Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.04.2017 |
| Salam 1Malaysia, 1. Frasa 'Kali pertama' atau 'Pertama kali' yang paling tepat untuk digunakan dalam penulisan? 2. Frasa 'gas memasak' atau 'gas masakan' atau 'gas masak' yang paling tepat dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | 1. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek mana yang ingin ditekankan atau didahulukan. 2. Gas masak sama seperti minyak masak. | Tatabahasa | 11.09.2012 |
| Manakah satu rangkaian yang betul? Menambah tekanan atau meningkatkan tekanan? | Kedua-duanya frasa tersebut boleh digunakan dalam ayat. Contoh ayat seperti yang berikut: 1. Stesen pam yang digunakan untuk menambah tekanan aliran cecair seperti air, minyak dan gas. 2. Sesuatu bahan yang dapat meningkatkan tekanan darah. | Tatabahasa | 09.07.2021 |
| Bagaimana ayat dibawah dijemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. 1. Light Oil Burner 2. Gas Burner 3. Heavy Oil Burner 4. Dual Fuel Burner 5. Modulating Gas Burner | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. Light oil burner: Penunu minyak ringan 2. Gas burner: Penunu gas 3. Heavy oil burner: Penunu minyak berat 4. Dual fuel burner: Penunu bahan api duaan 5. Modulating gas burner: Penunu gas pemodulasian Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Istilah | 14.04.2021 |