Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kata kerja yang sesuai digunakan untuk bertih jagung? adakah menggoreng bertih jagung? menanak bertih jagung? atau memasak bertih jagung?Umumnya, frasa memasak bertih jagung digunakan. Namun begitu, sekiranya bertih jagung dimasak menggunakan minyak, frasa menggoreng bertih jagung boleh digunakan.Tatabahasa26.11.2019
Perbezaan makna kukus, rebus, bakar dan goreng.Assalamualaikum, 

Merujuk kepada soalan puan, perbezaan makna perkataan kukus, rebus, bakar dan goreng dijawab berdasarkan penggunaan kata dalam bidang masakan:

1. kukus (makna ke-4 lihat mengukus)
Makna mengukus - memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air mendidih
Contoh ayat - Memasak dengan cara mengukus dapat mengekalkan rasa dan zat bahan yang digunakan dalam sesuatu makanan.

2. rebus (makna ke-2 lihat merebus)
Makna merebus - memasak (sesuatu) dalam air yang mendidih supaya masak, empuk dan sebagainya

Contoh ayat - Nenek merebus jagung yang sudah dibuang kulitnya.

3. bakar (makna ke-2 lihat membakar)
Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar
Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya.

4. goreng (makna ke-3 lihat menggoreng)
Makna menggoreng - memasak (telur, ikan, ayam dan sebagainya) dengan memasukkannya ke dalam kuali atau periuk yang mengandungi minyak
Contoh ayat - Kak Halimah menggoreng pisang nangka.

Puan disarankan merujuk Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai kata. Terima kasih.
Makna02.11.2024

Kembali ke atas