Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minyak yg diekstrak drpd tumbuhan dan mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : minyak yg dikeluarkan (diperah dsb) dr tumbuhan, yg mempunyai bau atau perisa tumbuhan tsb, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya perlu menterjemahkan frasa Essential Oil Flavoring yang merujuk kepada minyak pati yang boleh digunakan untuk memperisakan makanan. Manakah terjemahan yang tepat antara Minyak Pati Perisa atau Perisa Minyak Pati? Terima kasih.Sila pastikan penggunaan bahasa Inggeris yang betul untuk mendapatkan padanan Bahasa Melayu yang betul. Bersama-sama ini disertakan padanan bahasa Melayu yang boleh digunakan sekiranya sesuai dengan konsep yang ingin disampaikan.

1. Essential Oil Flavour: Perisa minyak pati
2. Essential Oil Flavouring: Pemerisaan minyak pati
Penyemakan dan penterjemahan14.08.2020
Menurut kamus DBP, Essential Oil bermaksud minyak pati. Adakah menjadi kesalahan sekiranya Essential Oil diterjemahkan sebagai 'Minyak Esensial'?. Idea ini diperolehi daripada istilah MABBIM.Seperti yang tuan ketahui, essential oil diterjemahkan kepada minyak pati, maka penggunaan selain minyak pati dianggap tidak betul.Penyemakan dan penterjemahan01.06.2015
Bolehkah ayat "Essential oil including their flavouring constituent -isolate and concentrate" diterjemahkan seperti yang berikut: Minyak pati termasuklah juzuk perisanya - asingan dan pekatanPadanan bahasa Melayu bagi  "Essential oil including their flavouring constituent -isolate and concentrate" 
ialah Minyak pati dengan bahan perisa - asing dan pekat.
Penyemakan dan penterjemahan17.08.2021
essence oilminyak patiLain-lain14.04.2008

Kembali ke atas