Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sebuah kedai minyak wangi menggunakan perkataan "KEDAI PARFUM" di papan iklan kedainya. Mohon semakan DBP samaada ianya boleh digunapakai sebelum proses Lesen perniagaan dapat dibuat. Terima Kasih.

Encik Hamri,

Perkataan yang sesuai ialah Kedai Minyak Wangi bukan parfum.

Istilah10.02.2010
Salam. Saya ingin bertanya mengenai maksud "Notes" dalam penjelasan bau minyak wangi. contoh, top notes/the notes: lavendar, citrus etc. Terima kasihUntuk makluman, maksud perkataan "notes" yang merujuk kepada bau minyak tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun,  bersama-sama ini disertakan artikel yang diperoleh daripada Wikipedia berkenaan maksud "notes" dalam konteks minyak wangi.Makna11.04.2013
MOHON PENGESAHAN AYAT BAGI LESEN IKLAN IAITU 'KEDAI PARFUM' ADAKAH AYAT 'PARFUM' BOLEH DIGUNAKAN. SEKIAN, TERIMA KASIH.

Saudara,

Frasa yang betul ialah Kedai Minyak Wangi.

Tatabahasa18.02.2010
Bau makanan sungguh harum atau Bau makanan sungguh wangi? Sila tanya, yang manakah kata adjektif betul? Terima kasihHarum dan Wangi sama maksudnya, lazimnya digunakan apabila menggambarkan bau bunga, air dan minyak. Makanan pula lazimnya dikatakan sedap yang bermaksud enak pada rasa dan bau.Tatabahasa12.11.2014

Kembali ke atas