| Mis communication | Salah komunikasi / komunikasi tak sampai | Lain-lain | 11.06.2007 |
| Bolehkah nama pokok asing diterjemahkan terus? Mis beggarweed - rumpai kemis. | Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies rumpai belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian. | Lain-lain | 23.11.2024 |
| Salam sejahtera. Saya ingin cari perkataan yang maknanya sama dengan perkataan "dating" yang bermakna "janji temu dgn seseorang yg berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dgn teman wanitanya utk keluar makan, meĀnonton wayang gambar dsb)" (Kamus Dewan Edisi Ke-4). Adakah perkataan "berpacaran" yang merupakan bahasa Indonesia telah dipinjam ke dalam bahasa Melayu? Jika ya, adakah maknanya sama dengan makna perkataan "dating"? Terima kasih. | Berpacaran berasal daripada perkataan Indonesia yang bermaksud menjalin hubungan cinta atau kasih dengan teman lelaki atau wanita. Dating bermaksud janji temu dengan seseorang yang berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dgn teman wanitanya untuk keluar makan, meĀnonton wayang gambar dan sebagainya). Jika dilihat dari segi makna, kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. | Makna | 18.10.2017 |
| Apakah padanan yg sesuai utk adoption (selain manusia) mis, cat adoption = pengambilan kucing, pengangkatan kucing, pengambilan kucing angkat? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah cat adoption ialah adopsi kucing. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 23.05.2025 |
| MAKSUD PERKATAAN "FORENSIK | Berkenaan pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (mis, utk menentukan punca sesuatu kematian). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 17.02.2009 |
| Apakah perkataan lain untuk olahraga | Olahraga bermaksud latihan atau sukan yg memerlukan kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina (mis berlari, melompat, dll). | Makna | 05.09.2007 |
| apakah maksud sistem eko-dualisme? | Eko-: awalan asing berkaitan dgn ekologi, mis ekopelancongan. Dualisme: 1. faham yg berasaskan dua prinsip yg saling bertentangan spt antara kebaikan dan kejahatan, dan antara terang dan gelap; 2. keadaan apabila wujud dua sifat yg ketara saling bertentangan pd diri seseorang. | Lain-lain | 01.09.2009 |
| tolong jelaskan istilah lewah dalam bahasa melayu | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lewah ialah hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat): penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 09.08.2009 |
| apakah maksud isme | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, -isme ialah akhiran asing kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan, mis radikalisme dan komunisme. | Makna | 21.02.2010 |
| maksud perlindungan | Makna perlindungan ialah tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll): pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; | Makna | 08.11.2009 |