Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.sal] | ميثل

Definisi : = misalan umpama, perumpamaan (per­bandingan), contoh; ~ kata andai kata, seandainya; ~nya contoh­nya; semisal seperti, sebagai, seumpama; memisalkan mengumpamakan, mengibarat­kan: dimisalkan dia sungguh melamar diriku, tentu harus kita ketahui asal usul dan sifat tabiatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.sal] | ميثل

Definisi : = misalan sesuatu yg dijadikan perbandingan; umpama; contoh: Itu hanya ~ saja, bukan sungguh-sungguh. ~ kata andai kata; seandainya. misalnya contohnya; umpamanya. memisalkan menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengumpamakan; mengibaratkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
misal
Kata Terbitan : misalan, misalnya, memisalkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jika di dalam penulisan ilimiah, bagaimanakah penulisan huruf 'A' dalam Al Qur'an, atau kitab Al-Ma'thur. misal kata begini. "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa' (Al-Baqarah 2:2) al baqarah ditulis sebagai al-Baqarah atau Al-Baqarah?Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari dan al-Baqarah.Tatabahasa17.07.2013
Selamat Sejahtera, 1. Saya mempunyai kemusykilan untuk mengetahui golongan kata 'nya' yang bergabung dengan perkataan 'misalnya' dan 'contohnya'. Adakah 'nya' dalam perkataan tersebut dikategorikan sebagai kata pascakata yang berfungsi sebagai penekan atau pembenda? 2. Boleh jelaskan juga apakah sebenarnya golongan kata untuk perkataan 'misal', 'contoh' dan 'barangkali.-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Selain bertindak sebagai kata ganti nama diri orang ketiga 'nya' juga bertindak sebagai kata pembenda/penekan. 

"Misal" dan "contoh" terdiri daripada kata nama, manakala "barangkali" terdiri daripada kata tugas.
Istilah01.08.2013

Kembali ke atas