| miss communication | -kegagalan komunikasi - salah komunikasi | Makna | 08.06.2007 |
| Saya telah menerbitkan sebuah buku ilmiah bertajuk Traumatic Childbirth: Near Miss and Morbidities di bawah Penerbit Universiti Sains Malaysia. Saya berhasrat untuk membuat ulasan buku tersebut dalam bahasa Melayu. Dengan pengalaman tuan/puan, saya memohon sekiranya tuan/puan dapat menunjukkan jalan iaitu di mana dan bagaimana ulasan tersebut boleh diterbitkan. Mohon bantu. Terima kasih | Kami mencadangkan pihak tuan untuk menghubingi Jabatan Penerbitan DBP melalui talian 03-2147 9534. | Lain-lain | 29.03.2025 |
| Selamat petang tuan/puan, Saya ingin menterjemahkan anxiety, depression and stress dalam bahasa melayu. Saya perlu istilah-istilah ini untuk tajuk thesis saya. Anxiety = kerisauan atau kebimbangan ? Depression = kemurungan stress = tekanan atau stress? Adakah translation saya betul? Terima kasih. Miss Wong | Dalam data kami, anxiety mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang yang berlainan. Antaranya ialah keresahan, kebimbangan dan kerisauan. Puan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=anxiety untuk mendapatkan padanan yang menepati bidang yang puan kehendaki. Manakala padanan bahasa Melayu bagi depression pula ialah kemurungan, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=depression . | Penyemakan dan penterjemahan | 27.11.2014 |