Assalamualaikum, 1. Adakah penggunaan SERANGKAIAN MISTERI tepat bagi menggambarkan misteri-misteri yang disiasat? 2. Perlukah diletakkan penjodoh bilangan bagi remaja. Contohnya: TIGA ORANG REMAJA atau TIGA REMAJA? | 1. Kumpulan cerita misteri yang disiasat. 2. Penggunaan yang gramatis ialah tiga orang remaja. | Tatabahasa | 01.11.2017 |
1. apakah maksud mystery play dalam bahasa melayu? lakun misteri atau drama misteri? apakah maksud passion play? drama penyaliban atau drama takziah atau drama tabui atau lakon derita? harap dapat penjelasan. | Mystery play juga dikenali sebagai miracle play yang bermaksud drama keagamaan. | Istilah | 29.10.2009 |
Salam pagi, Saya ingin mendapatkan penjelasan maksud bagi frasa kerja yang berikut: 1) menyelesaikan misteri jenayah 2) mengungkaikan misteri jenayah Apakah perbezaan maksud antara kedua-duanya? Adakah 'menyelesaikan' juga membawa maksud 'mengungkai', dan sebaliknya? Sekian, Terima kasih. | Tidak ada maksud frasa dalam sumber rujukan kami. Apa yang dapat kami bantu ialah memberikan makna perkataan seperti yang terakam dalam kamus. Menyelesaikan bermaksud melakukan sesuatu supaya selesai; atau menyudahkan. Mengungkai (bukan mengungkaikan) bermaksud mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuk menyelidiki (memeriksa dll). | Tatabahasa | 13.10.2015 |
Tuan, saya berpendapat bahawa ayat ini salah. Ayat: Narut mencuba nasibnya dalam mencari gadis opera misteri itu. Kata sendi nama "dalam" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama abstrak, tetapi "dalam" duduk di depan kata kerja "mencari" dalam ayat ini, jadi salah. Oleh itu, saya mencadangkan bahawa ayat ini dibetulkan kepada: Narut mencuba nasibnya dalam pencarian gadis opera misteri itu. Dengan itu, "dalam" berada di hadapan kata nama abstrak "pencarian". | Pihak kami juga bersetuju dengan pendapat tuan/puan itu. Terima kasih. | Lain-lain | 22.03.2015 |
Bagaimana cara cara menulis skrip pendek dalam bahasa Inggeris yang bertemakan misteri dan legenda dan formatnya? | Saudara boleh mendapatkan buku-buku yang berkenaan atau menghubungi pusat bahasa di IPTA/IPTS. | Lain-lain | 11.03.2010 |
SLM. boleh check gramatis ke tak ayat ni ye? 1) alam semesta kita mempunyai banyak misteri keunikannya. 2) Murid yang dipanggil oleh guru besar itu ketua pengawas. | 1 Alam semesta mempunyai banyak keunikannya. 2.Murid yang dipanggil oleh guru besar itu ketua Pengawas.
| Tatabahasa | 01.06.2018 |
bagaimanakah cara untuk saya jadi seorang penulis novel? | Ada pelbagai cara untuk menjadi seorang penulis novel. Antaranya saudara perlu banyak membaca novel karya orang lain terlebih dahulu mengikut tema yang menjadi minat saudara seperti kisah cinta, penyiasatan, sejarah, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens, imbas muka, imbas kembali, pembahagian bab, dan unsur lain yang menjalin struktur sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, budaya, sains, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, akademi penulisn atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak panduan untuk saudara menulis. Mungkin saudara boleh mulakan dahulu dengan menulis cerpen untuk memantapkan penulisan saudara. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis fiksyen yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah bakat seni (kreatif) tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Semoga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti. | Lain-lain | 27.10.2010 |
Salam Sejahtera, Tuan, PENGGUNAAN BAHASA & ISTILAH YANG TIDAK SESUAI Untuk makluman, MAMPU melaksanakan satu program pemantauan yang dinamakan program Mystery Shopping. Walau bagaimanapun, MAMPU telah menerima saranan istilah yang lebih sesuai digunakan menggantikan Mystery Shopping seperti berikut: a) MYSTERY SHOPPING bermaksud MEMBELI BELAH secara RAHSIA @ RAHSIA MEMBELI BELAH. b) MYSTERY SHOPPER adalah istilah yang betul dan digunapakai terutamanya di dalam industri fast food & retail. Untuk makluman, pada pandangan BPP2, istilah Mystery Shopper yang dicadangkan adalah merujuk kepada Pegawai-Pegawai pelaksana program sedangkan Mystery Shopping MAMPU merujuk kepada program. Sehubungan itu, mohon pandangan tuan berkenaan perkara ini dan mohon cadangkan sekiranya ada perkataan Bahasa Melayu yang lebih sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, istilah "mystery shopping" dan "mystery shopper" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pembelian Rahsia/Pembelian Misteri dan Pembeli Rahsia/Pembeli Misteri. | Istilah | 12.05.2016 |
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna? | Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. | Tatabahasa | 20.11.2011 |
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih. | Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga, banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam. | Lain-lain | 05.05.2010 |