| 1)Bagi perkataan "mite dust", apakah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat menurut Dewan Bahasa dan Pustaka? 2) Berdasarkan jawapan dalam soalan (1), apakah alasan/sebab bagi jawapan itu? | Perkataan mite dust tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah mite diterjemahkan kepada hama atau tungau, manakala dust diterjemahkan kepada debu. Berdasarkan pembentukan kata perkataan mite dust boleh diterjemahkan kepada debu hama/tungau. Walau bagaimanapun terjemahan ini bergantung pada konteks penggunaannya. | Istilah | 21.09.2012 |
| Helo, Selamat Petang. Rumah saya baru-baru ini telah berlaku dimana Hama ( nama ini kawan yang beritahu ) menyerang. Saya rasa mungkin disebabkan oleh burung yang bawa hama. Saya telah cuba cari perkataan "hama" di internet. Namun semuanya kurang menyakinkan. Bolehkah tuan / puan tolong kongsikan apa itu hama? Apakah nama ingeris untuk hama? Dengan ini, saya boleh dapat lebih banyak infomas. Harap maaf sekiranya menganggu. Sekian Terima kasih. | Hama ialah:1. penyakit, kuman yang menyebabkan penyakit; 2. kutu yang terdapat pada bulu atau pada tubuh ayam; dan 3. haiwan perosak yang seni (kecil), berbentuk leper, berkaki lapan dan berwarna merah. Hama dalam bahasa Inggeris ialah mite. Untuk maklumat lanjut tentang perkataan hama atau perkatan-perkataan lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 04.05.2011 |