Padanan perkataan “whole” dalam ayat di bawah ini ialah “tulen”. Adakah ia tepat atau mempunyai padanan lain yang lebih sesuai? Mixed spice 333. (1) Mixed spice shall be the mixture of two or more types of spices, whether whole or ground and includes curry powder and curry paste. Rempah campur 333. (1) Rempah campur hendaklah campuran dua atau lebih jenis rempah, sama ada tulen atau dikisar, dan termasuklah serbuk kari dan pes kari. | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "whole" dalam ayat tersebut ialah tulen atau seluruh bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. | Lain-lain | 01.07.2021 |
Terjemahan Istilah 1. Mixed Methods 2. Exploratory Sequential Design 3. Grounded Theory 4. Phenomenology | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1. Mixed methods = Kaedah campuran 2. Exploratory sequential design = Reka bentuk jujukan jelajah 3. Grounded Theory = Teori berasas 4. Phenomenology = Fenomenologi Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. | Istilah | 16.02.2021 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “mixed or blended food” selain "makanan campuran atau sebatian " kerana kami dapati perkataan "compounded" juga digunakan sebagai "sebatian". | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "mixed food" atau "blended food" ialah makanan adun atau makanan campur | Makna | 28.05.2021 |
Mohon bertanya untuk terma bahasa malaysia yang digunakan: Quantitative Method = Kaedah Kuantitatif Qualitative Method = Kaedah Kualitatif Mixed Method = ? | Istilah yang dicadangkan ialah Mixed Method = Kaedah Campuran. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.10.2015 |
Apakah tafsiran yang tepat bagi istilah "Mixed seeds" dalam bahasa melayu? Adakah ia "campuran biji-bijian" atau "campuran biji" ? Seeds yang dimaksudkan ialah seperti biji bunga matahari (sunflower seeds) dan biji labu (pumpkin seeds). Mohon pencerahan. Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah mixed seeds ialah bijian campuran. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 09.08.2023 |
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagar | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Luxury mixed development - Pembangunan becampur yang mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda Freehold - Pegangan kekal An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan alam semula jadi Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2016 |
Salam, mohon berikan terjemahan istilah berikut: 1. Convergent Parallel Mixed-Methods Design 2. Explanatory Sequential Design 3. Exploratory Sequential Design 4. Triangulation Design 5. Embedded Design | Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau teks bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan terjemahan yang bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.12.2023 |
Saya tengah mencari istalah bahasa melayu untuk mengantikan perkataan MIXED METHODS RESEARCH dalam bahasa melayu. Mohon jasa baik pihak tuan membantu saya | Istilah yang boleh dicadangkan ialah "Kaedah Penyelidikan Bercampur". | Penyemakan dan penterjemahan | 27.07.2015 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "immersive" dalam konteks teknologi atau pembangunan perisian? Sebagai contoh, pengalaman "immersive" (immersive experience) boleh merujuk kepada pengalaman yang sangat mendalam dan melibatkan, seperti dalam permainan video atau realiti maya. Contoh lain, terdapat satu bidang baru yang dinamakan "immersive analytics" yang merujuk kepada penggunaan teknologi "immersive" seperti realiti maya dan realiti campuran (mixed reality) untuk menganalisis data. | Cadangan padanan bagi istilah immersive dalam bahasa Melayu ialah imersif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu. | Istilah | 03.02.2024 |