Membaiki pavemen yang berlubang berukuran melebihi 25 mm dalam x 200 mm lebar dari arah mana pun di atas permukaan jalan yang berturap ditampal dengan sempurna. Repair when pothole exceeds 25 mm deep x 200 mm wide in any direction from edge of edge of pavement. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2020 |
Garisan rekahan berukuran melebihi 2.0 mm lebar x 1000 mm panjang telah ditampal dengan bahan pengapan atau menggantikan bahan yang merekah. Rekahan buaya yang berukuran melebihi 5m2 perlu dibaiki dengan kaedah lain. Line cracks more than 2 mm wide x 1 m long to be sealed or cracked material replaced. Crocodile cracks exceeding 5 sq.m in area to be repaired by other methods. Mohon semakan | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2020 |
Peparit yang menghasilkan permukaan jalan berlubang, rekahan atau mendap dengan kedalaman melebihi 25 mm berbanding dengan paras pavemen sedia ada dibaiki atau ditambah dengan bahan turapan. Top-up or reinstate backfilled trench when trench develops potholes, crack or settle 25 mm below adjacent pavement level. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2020 |
Adakah terdapat terjemahan untuk singakatan DD/MM/YY, yang berkaitan dengan tarikh? klau nak terjemahkan juga, apakah yang paling sesuai digunakan? | Tuan, Untuk makluman, dalam bahasa Melayu tidak ada terjemahan atau singkatan untuk tarikh seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. | Lain-lain | 26.06.2019 |
bolehkah saya menamakan majlis penyampaian hadiah dan sijil kpd mm dengan nama Majlis Apresiasi atau malis aspirasi?mana yang lebih sesuai | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud aspresiasi ialah penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya kepada seseorang atau sesuatu pihak. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud aspirasi ialah keinginan yang kuat (untuk mencapai, mengadakan, dan lain-lain ). Maka nama bagi majlis penyampaian hadian dan sijil yang lebih sesuai ialah Majlis Apresiasi | Tatabahasa | 06.10.2016 |
Penghurufan "poin" | Saiz atau ukuran (huruf dan sebagainya) kira-kira 0.35 mm | Lain-lain | 26.11.2013 |
Soalan saya; 1. Ejaan yang tepat untuk anti-oksidan dan anti-keradangan 2. Ukuran atau Nilai berbentuk cm, mm liter Dan sebagainya perlu ditulis rapat atau jarak; 3-5cm atau 3,-5 cm. 3. Mata-tunas atau mata tunas (istilah saints) | Ejaan yang betul ialah: antioksidan, antikeradangan Cara penulisan untuk ukuran ialah dijarakkan daripada angka di hadapan: 3-5 cm Perkataan mata tunas dieja berasingan dan tanpa tanda sempang di tengah-tengahnya. | Ejaan | 04.09.2022 |
Betulkah penggunaan perkataan Bahasa Melayu ini dan struktur ayat ini? [ini kerana ahli mesyuarat terdiri daripada pegawai berkepakaran khusus dan juga pakar dari luar negara] "Dimaklumkan bahawa satu sesi perbincangan berkaitan Draf XXXXXXXXXXXXXX akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: dd/mm/yyyy Masa: Rujuk tentatif berlampir Tempat: Pautan dalam talian - xxxxxxxxxxx.microsoftteam.com | Penggunaan frasa ayat yang diberikan oleh tuan adalah betul kecuali: Masa: Rujuk lampiran tentatif | Tatabahasa | 07.11.2023 |
Kami ingin memohon nasihat berkenaan ayat “Tea dust, tea fanning or tea sifting shall be the dust, fanning or sifting of tea” dalam ayat di bawah ini yang dipadankan dengan “Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak hendaklah serbuk, kipasan atau ayakan teh”. Adakah ayat ini menunjukkan serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak itu melalui proses penyerbukan, kipasan atau ayakan (perbuatan)? atau serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak itu ialah serbuk, kipasan atau ayakan teh (kata nama). Tea dust, tea fanning or tea sifting 261. Tea dust, tea fanning or tea sifting shall be the dust, fanning or sifting of tea as specified in regulation 260. Tea dust shall pass through holes of 0.707 mm size (707 µm). It shall not yield more than 5 per cent of ash insoluble in boiling water. For all other purposes, it shall comply with the standard for tea prescribed in regulation 260. Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak 261. Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak hendaklah serbuk, kipasan atau ayakan teh yang dinyatakan dalam peraturan 260. Serbuk teh hendaklah boleh melalui lubang bersaiz 0.707 mm (707 µm). Ia tidak boleh menghasilkan lebih daripada 5 peratus abu tidak larut dalam air didih. Bagi apa-apa maksud lain ia hendaklah mematuhi standard bagi teh yang ditetapkan dalam peraturan 260. | Sila rujuk lampiran. | Makna | 01.07.2021 |