Apa khabar. Adakah betul untuk menterjemahkan "Social Posting Mode" sebagai Mod Kiriman Sosial? Sekian, terima kasih. | Apakah yang dimaksudkan dengan social posting mode? Sila maklumkan kepada kami konsep frasa berkenaan untuk kami menyemak padanan yang diberikan sama ada sesuai atau sebaliknya ataupun dibuat pindaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2017 |
paper feed double key list mode binding margin characters netmask serial communication command centre host name on off | suapan kertas kekunci berganda mod senarai birai jilid aksara topeng internet komunikasi berdiri pusat perintah/arahan nama hos bergantung kepada konsep dan bidang bergantung kepada konsep dan bidang | Istilah | 16.01.2012 |
Sila sahkan terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation" Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2018 |
Makna kata bahasa Melayu berikut: 1. Jeda 2. Moda 3. Koda 4. Langam bahasa Sekian. Terima kasih | jeda: waktu rehat; masa antara dua peristiwa atau tindakan; mod(bukan moda): salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian pemprosesan sistem; kod(bukan koda): tulisan dengan tanda lain-lain yang mempunyai erti nyang tertentu atau yang tersembunyi(rahsia); sistem simbol-simbol untuk menyampaikan maklumat atau arahan kepada komputerlanggam: cara, kaedah, laku,adat kebiasaan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 23.03.2008 |
Apakah terjemahan bagi 'on hold' dalam situasi panggilan telefon di mana panggilan dihentikan sebentar. Contoh ayatnya ialah, 'He put the call on hold'. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.03.2018 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan 'screenshot'? | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan data kami, terdapat perkataan, screen capture yang diterjemah kepada tangkapan skrin yang bermaksud: Aktiviti menyalin atau memindahkan imej yang sedang dipaparkan di skrin komputer ke fail atau pencetak. Sekiranya sistem berada di dalam mod grafik, tangkapan skrin akan menghasilkan fail grafik yang mengandungi peta bit. Sekiranya sistem dalam mod teks, tangkapan skrin dimuatkan ke dalam fail dengan kod ASCII. Sinonim longgok skrin(Bidang teknologi maklumat). Tuan boleh mengguna pakai terjemahan ini jika konteks yang sama. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 19.07.2017 |
Salam... saya ingin membuat aduan berkenaan terdapat individu yang menggunakan nick kakikuDibibirmu menyalahgunakan menggunakan laman web carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk tujuan jenaka yang melampau dan memalukan. Sila rujuk laman web ini http://forum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=808430 untuk melihat perkara yg saya bangkitkan ini. Sekiranya pihak DBP menganggap perkara yg dilakukan oleh individu tersebut tidak mengganggu dan menjatuhkan mertabat DBP saya memohon maaf. Terima kasih | Terima kasih atas maklumat yang puan salurkan dan DBP akan menyiasat perkara ini. | Lain-lain | 06.06.2014 |
1) Halakan flash terus kepada/pada objek. 2) masuk kepada/pada mode manual pada flash dan anikkan kekuatan flash mengikut keperluan. | Jawapannya seperti yang berikut: 1. Halakan flash terus kepada objek. 2....masuk kepada mod manual pada flash dan alihkan kekuatan flash mengikut keperluan. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
Saya ingin tahu istilah bahasa Malaysia yang tepat untuk perkataan "Multimodal" yang digunakan di dalam ayat di bawah. Learning styles are preferred ways of learning new information or material. Common learning styles including visual, auditory, kinesthetic, and multimodal. | Istilah bahasa Melayu untuk "multimodal" ialah "pelbagai mod" atau "pelbagai kaedah" | Istilah | 12.05.2017 |
saya mohon nasihat penggunaan ayat " mesyuarat senat bertarikh 8 jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian diperingkat sarjana sains (penyelidikan) | Salam sejahtera, Tuan, Ayat yang betul: Mesyuarat Senat bertarikh 8 Jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Mod Penyelidikan). Sekian, terima kasih.
| Penyemakan dan penterjemahan | 16.06.2017 |