salam.mohon nasihat pihak tuan mengenai terjemahan bagi perkataan "Item Parceling in Structural Equation Modeling". sekian terima kasih | Padanan bagi "Item Parceling in Structural Equation Modeling" ialah Pembungkusan Item dalam Pemodelan Persamaan Berstruktur atau Pengkelompokan Item dalm Pemodelan Persamaan Berstruktur. Sesuaikan frasa mengikut konteks ayat yang digunakan. | Istilah | 16.07.2019 |
Apakah istilah Melayu bagi istilah Inggeris "structural equation modeling" dalam bidang statistik? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu ialah pemodelan persamaan struktur. | Istilah | 08.03.2008 |
Saya ingin mengetahui istilah statistik yang betul dalam bahasa melayu bagi: 1. Structural Equation Modeling 2. Factor Loading Terima kasih | 1. pemodelan persamaan struktur. 2. Angka yang mewakili kemuatan relatif get untuk memacu get-get lain atau beban relatif yang dikemukakan oleh suatu get kepada get yang memacunya. |
| Istilah | 26.04.2010 |
Assalamualaikum wbt. Saya memerlukan khidmat nasihat bahasa bagi penggunaan istilah yang betul bagi penulisan tesis saya. Saya lampirkan di "fail lampiran" senarai istilah yang memerlukan semakan dari pihak DBP. Jasa baik dan kerjasama pihak DBP saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Salam sejahtera, Semua istilah yang diberi betul kecuali yang dibawah ini: 1. Partial Least Square-Structural Equation Modeling terjemah kepada Model persamaan berstruktur-kuasa dua terkecil separa 2. Exogenus variable kepada Pemboleh ubah eksogenus 3. Endogenous variable kepada Pemboleh ubah endogen 4. Predictive accuracy kepada Ketepatan ramalan 5. Predictive relevant kepada Kerelevanan ramalan 6. Indicator kepada penunjuk Sekian, terima kasih. | Istilah | 20.10.2017 |