Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.de.ra.tor] | مودراتور

Definisi : 1. orang yg mengendalikan, me­ngawal dsb perbincangan dll supaya dapat mencapai kata sepakat, berjalan lancar dan teratur: beliau akan menjadi ~ utk sesi dia-log yg pertama; 2. orang yg memastikan kekonsistenan piawai-piawai yg digunakan dlm memarkahi kertas peperiksaan dsb oleh para pemeriksa yg berlainan; 3. (Fiz) bahan yg digunakan utk melambatkan pergerakan neutron dlm reaktor nuklear: bahan berilium oksida digunakan sbg ~ neutron dlm reaktor nuklear dan sbg penebat elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.de.ra.tor] | مودراتور

Definisi : orang yg mengendalikan atau mengawal perbincangan dsb supaya dpt mencapai kata sepakat, atau supaya berjalan lancar dan teratur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata moderator


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam moderator, saya ingin tahu manakah satu penggandaan yang betul bagi istilah 'mata pelajaran'. Mana sang betul 'mata-mata pelajaran' atau 'mata pelajaran-mata pelajaran' ?Kata ganda bagi mata pelajaran ialah mata-mata pelajaran.Tatabahasa07.02.2010
ISTILAH 'MODERATOR' TELAH DITERIMA ATAU TIDAK DALAM BAHASA MELAYU (PERBANKAN)MODERATOR TELAH DITERIMA. SAMA MAKNA DENGA PEMUDAH CARA.Istilah04.01.2011
saya ingin mendapatkan kepastian terhadap kata nama yang sesuai untuk orang yang terlibat sebagai moderator dalam sesi sesi bual bicara. Terima kasih.Lazimnya moderator itu sendiri yang mengendalikan dan mengawal sesi perbincangan ataupun disebut juga pengantara.Istilah05.04.2013
Apakah istilah/perkataan lain bagi panel bagi seorang sahaja jemputan? Contohnya, program tersebut ada moderator dan seorang sahaja panel. Adakah panel boleh digunakan atau sebaliknya?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1603, perkataan panel merujuk kumpulan orang yang dilantik untuk berunding dan melaksanakan tugas atau urusan tertentu. Jika melibatkan moderator dan seorang pembicara, kami mencadangkan penggunaan pembicara atau tetamu undangan bergantung pada program atau majlis yang berlangsung.Makna09.08.2024
1. Adakah terma Communities of Practice yang diperkenalkan oleh Lave & Wenger (1991) boleh diterjemahkan ke bahasa Malaysia? Kalau boleh, apakah terjemahan yang terbaik? 2. Apakah terjemahan terbaik untuk moderator variable dan mediator variable? Terima kasih.Untuk makluman istilah "communities of practice" dan "mediator variable" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah "moderator variable" terdapat dalam bidang pendidikan, dan istilah bahasa Melayunya ialah pemboleh ubah sederhana.Istilah23.04.2013
Untuk kegunaan majlis rasmi dan sebagai pengacara atau moderator (majlis rasmi dan televisyen), apakah satu kesalahan jika saya memanggil seseorang individu dengan gelaran Prof. Madya sebagai Profesor atau Prof. ? kerana saya dimaklumkan Prof. Madya bukanlah sesuai dipanggil Prof atau Profesor. Namun begitu, ada juga yang menganggap ia tidak menjadi masalah, bergantung kepada pembawa gelaran tersebut. Mohon pencerahan.Tuan/puan,

Dalam urusan rasmi, penggunaan bahasa yang betul dan sopan haruslah menggunakan bahasa baku dan standard. Misalnya, penggunaan Prof. Madya perlu disebut dengan sebutan penuh, iaitu Profesor Madya dan tidak boleh disebut dengan sebutan singkatan dan apatah lagi penyalahgunaan dalam gelaran pangkat seseorang.
Lain-lain15.05.2018
Assalamualaikum Sekiranya saya ingin menganjurkan kursus/bengkel dengan usahasama pihak DBP (Penceramah/Moderator), apakah kos yang diperlukan atau pihak DPB dapat memberikan secara percuma dan pihak saya menyediakan tempat serta makan minum peserta. Terima Kasih.

KURSUS DI AKADEMI DBP

Untuk makluman permohonan berkaitan kursus DBP bolehlah dialamatkan kepada:

Ketua Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 4, Wisma DBP,
50460 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi:

Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/

Nombor telefon: 03-2147 0220/0230

Faksimile: 03-2147-0231

E-mel: akademi@dbp.gov.my

Lain-lain18.04.2022
Apakah panggilan bagi seseorang yang menjadi pengacara pembentangan kertas kerja ? Adakah dpanggil pengerusi Pembentangan Kertas kerja atau fasilitator? atau moderator? Terima kasih.Lazimnya Pengerusi Sesi Pembentangan yang mempengerusikan sesi tersebut.Tatabahasa03.07.2012
selamat tengah hari, mungkin soalan yang saya kemukakan pd hari Khamis menimbulkan kekeliruan. saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan tamparan dan mengenai dalm ayat tersebut. adakah penggunaan tersebut betul? minta maaf jika soalan saya tidak jelas. terima kasih .Selaku moderator khidmat nasihat bahasa, saya tidak menemui rekod soalan yang telah saudara kemukakan pada hari Khamis (12 Mei 2011?). Mohon dikemukakan kembali soalan tersebut.Tatabahasa13.05.2011
Bahasa yang sesuai untuk forum. Mohon jasa baik pihak DBP untuk membantu kami yang mempunyai pertanyaan untuk forum.

Forum merupakan program rasmi atau separa rasmi yang memerlukan penggunaan bahasa Melayu yang standard dan jelas bagi membincangkan sesuatu isu atau topik yang terbuka kepada beberapa orang ahli panel dan seorang pengerusi atau moderator. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Melayu yang standard (baku) amat digalakkan dalam sesuatu sesi forum bagi memastikan maklumat dan isu dapat disampaikan dan dikupas dengan jelas dan terarah. Tuan/Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) dan pangkalan data prpm.dbp.gov.my untuk menyemak aspek tatabahasa dan penggunaan istilah yang betul.

Lain-lain29.07.2024

Kembali ke atas