Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n modul: the apartment ~s were lifted into position by crane, modul pangsapuri itu telah diletakkan pd tempatnya oleh sebuah kren; a computerized memory ~, modul ingatan berkomputer; an orbiting lunar ~, modul lunar yg mengelil (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata module


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Topik: Terjemahan Bidang: Teknologi Maklumat Pohon pandangan DBP perihal istilah "setting" spt computer setting, module setting dan seumpamanya. Saya berpendapat "tetapan" bertepatan walaupun penulisan kini mengguna terjemahan yg bermacam-macam. TKUntuk makluman padanan istilah bahasa Melayu untuk setting dalam bidang teknologi maklumat ialah pengesetan.Istilah27.12.2011
SAYA INGIN MEMINTA BANTUAN UNTUK MENTERJEMAHKAN MAKSUD "MANUFACTURING OF FIBER-REINFORCED PLASTIC (FRP) COMPOSITE PRODUCTS AND REFURBISHMENT AND REPAIR OF BUOYANCY RISER MODULE" KEPADA BAHASA MALAYSIA. IANYA UNTUK DILETAKKAN PADA PAPAN TANDA KILANG. TERIMA KASIHUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Untuk mendapatkan khidmat terjemahan tuan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Tatabahasa24.10.2013
Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan 'spacewalk' dalam Bahasa Inggeris? Contoh ayat: Two astronauts will perform a spacewalk from the Quest module on the International Space Station. Dua angkasawan akan melakukan _____ dari modul Quest di International Space Station. Terima kasih. Perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan "spacewalk"  ialah perjalanan angkasa. Perkataan perjalanan angkasa boleh digunakan jika bersesuaian.Makna24.09.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimana perkataan "address" dalam konteks ayat berikut dapat diterjemahkan dengan tepat: I chose these variables because alternative conception is a common issue among students when learning science, and the Gravi-STEM module is designed to "address" this problem. Terima kasih

Kami mencadangkan padanan “menangani”, “menyelesaikan”, “menghuraikan”, “mengatasi”, atau  “menjelaskan” untuk perkataan address. Padanan  ini bergantung pada kesesuaian  serta konsep dan konteks penggunaannya.

Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Makna20.02.2023
Saya ingin tahu, apakah padanan bahasa Melayu bagi perkataan "deprecate" (istilah komputer)? Dalam bidang komputer, perkataan bahasa Inggeris "deprecate" bermaksud "tidak menggalakkan penggunaan sesetengah istilah, ciri-ciri, atau amalan di dalam suatu suasana pembangunan komputer, selalunya kerana ianya telah digantikan dengan yang baharu ataupun kerana ianya dianggap sudah tidak efisien atau tidak selamat untuk digunakan – tetapi istilah, ciri-ciri atau amalan tersebut tidak dibuang sepenuhnya, tidak dilarang penggunaannya, dan penggunaannya tidak salah justeru tidak boleh dikutuk atau dikecam." contohnya seperti, 1) Unsur di dalam bahasa tandaan hiperteks (HTML) telah "deprecate" setelah wujudnya lembaran gaya lata (CSS). (Bahasa Inggeris: The element was DEPRECATED in the hypertexts markup language HTML after the existance of Cascading StyleSheet CSS.) 2) Pengenalan modul cifs di dalam inti Linux telah meng-"deprecate" modul smbfs. (Bahasa Inggeris: The introduction of cifs module in Linux kernel has DEPRECATED the smbfs module.) 3) Fungsi piawai gets() di dalam bahasa pengaturcaraan C adalah "deprecate" kerana ia boleh menyebabkan limpah atas penimbal terhadap atur cara yang menggunakan fungsi tersebut. (Bahasa Inggeris: The standard function gets() in C programming language is a DEPRECATE since it could cause a buffer overflow to the programs using the function.) Kesemua contoh di atas menunjukkan sesuatu yang "deprecate" masih boleh dTiada maklumat berkaitan kata deprecate dalam bidang komputer dalam pangkalan data DBP. Daripada konteks penggunaan yang diberikan, kami mencadangkan padanan ‘isih’ atau ‘pengisihan’ sekiranya bersesuaian dengan maksud yang anda utarakan. Kami akan memajukan pertanyaan istilah ini kepada Jawatankuasa Istilah Semasa DBP dan keputusannya akan dimaklumkan kepada anda.Makna14.12.2017

Kembali ke atas