DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. | Terima kasih atas keprihatinan puan. | Lain-lain | 23.06.2015 |
Nur Shafadila Gulam DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. | Terima kasih atas keprihatinan puan. | Lain-lain | 23.06.2015 |
Nur Shafadila Gulam DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. Lurrun Aidan UTC, RTC, MOF, MOA, MAGIC, MITI, MATRADE Info-tainment (binatang apa ni? Halal ke?) dan lain lain lain lain lagi..semuanya guna perkataan bahasa inggeris.. Encik KAi ... MinDef | Terima kasih atas keprihatinan puan. | Lain-lain | 22.06.2015 |
Ini banner yang kami ingin gunakakan untuk event karnival usahawan. ada sebarang komen? | Pembetulan: 1. PASAR RAYA 2. Simbol & hendaklah ditulis DAN 3. HOTLINE ditukar kepada TALIAN UTAMA 4. "MOH LE KITA" Setelah dibuat pembetulan, kemukakan kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk permohonan iklan. | Tatabahasa | 11.09.2015 |
Salam Sejahtera, Tuan, Sektor HIV/STI/Hep C, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM akan mengadakan sambutan Hari AIDS Sedunia peringkat Kebangsaan pada 1 Disember 2019. Tema sambutan tersebut di dalam bahasa Inggeris ialah, "Communities Make the Difference". Terjemahan yang dicadangkan adalah, "Komuniti Membawa Perubahan". Sektor HIV/STI/Hep C seterusnya ingin memohon khidmat nasihat daripada DBP untuk pengesahan terjemahan tema tersebut di dalam bahasa Melayu ATAU pindaan sekiranya terjemahan adalah tidak tepat. Pehatian dan kerjasama DBP di atas perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Dr. Mohd Hafizuddin Bin Mahfot Ketua Penolong Pengarah, Sektor HIV/STI/HEP C, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, Malaysia. MMC No. : 68147 Office : +6038834373 Mobile : +60126300480 eMail : mhdhafizuddin@moh.gov.my | Terjemahan yang dicadangkan oleh pihak tuan bagi "Communities Make the Difference", iaitu Komuniti Membawa Perubahan sesuai digunakan sebagai tema sambutan tersebut. | Istilah | 15.11.2019 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, PERMOHONAN SEMAKAN ISTILAH Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan, saya diberi tanggungjawab untuk merekabentuk paparan latar belakang Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Dan Penghargaan Pesara Tahun 2024. 3. Bagi mencipta kelainan pada tahun ini, terdapat cadangan untuk menukarkan nama majlis tersebut kepada bahasa yang lebih indah lagi contohnya Penghargaan Pesara ditukarkan kepada LESTARI BUDI atau LAMBAIAN BUDI atau SANJUNGAN BUDI, LESTARI KASIH. 4. Mohon bantuan khidmat nasihat daripada pihak tuan untuk memberikan maksud sebenar cadangan perkataan/tersebut dan adakah perkataan/istilah tersebut sesuai untuk menggantikan Penghargaan Pesara. 5. Mohon juga cadangan daripada pihak tuan jika ada istilah yang sesuai bagi menggantikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) agar ayat tersebut lebih seimbang secara keseluruhan. 6. Bantuan tuan berhubung perkara ini saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Hasfaizah Binti Zaini, Seksyen Pengurusan Teknologi Maklumat, Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Telefon : 0168314515 Email : hasfaizah.zaini@moh.gov.my | Cadangan yang sesuai bagi menggantikan penggunaan “Penghargaan Pesara” ialah “Sanjungan Budi” atau “Lambaian Kasih”. Perkataan “lestari” tidak sesuai digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1313, perkataan tersebut bermaksud dalam keadaan tidak berubah daripada yang asal atau tetap pada kedudukan atau pada tahap yang tertentu. Manakala bagi penggunaan “Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)”, pihak kami mencadangkan supaya nama tersebut dikekalkan. | Makna | 11.07.2024 |