apakah perkataan yang sesuai dalam bm bagi perkataan 'mood' dalam bahasa inggeris? adakah perkataan 'mood' wujud dalam bm? | Tidak ada perkataan "mood" dalam bahasa Melayu. "Mood" boleh dirujuk dengan perkataan "angin" atau "suasana".
| Penyemakan dan penterjemahan | 30.04.2014 |
Bolehkah 'mood' dalam Bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu? Misalnya, 1. Minuman seperti teh herba boleh membantu kita memelihara mood yang baik. 2. Jangan ganggu ibu. Mood ibu tidak baik hari ini. Sekian, terima kasih. | Tidak ada perkataan "mood" dalam bahasa Melayu. "Mood" boleh dirujuk dengan perkataan "angin" atau "suasana". | Tatabahasa | 07.06.2017 |
Assalamualaikum saya ingin bertanya jika saya menggunakan perkataan "mood" dalam penulisan saya tesis sayabagi menggambarkan perasaan sesuatu reka bentuk multimedia sperti moog positif dan mood negatif adakah menjadi kesalahan dari segi bahasa. perlu Italic atau tidak | Tidak ada perkataan "mood" dalam bahasa Melayu. "Mood" boleh dirujuk dengan perkataan "angin" atau "suasana". | Lain-lain | 18.06.2017 |
Apakah perkataan 'K-Pop' dan 'mood' dalam bahasa Melayu? | Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "K-Pop" dalam pangkalan data kami. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pop Korea. Istilah bahasa Melayu untuk "mood' ialah suasana atau modus (bidang Linguistik). Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "mood" ialah angin. | Istilah | 30.10.2015 |
Apa terjemahan terbaik bagi perkataan yang berikut : a) “natural”, bolehkah guna perkataan “semulajadi”? Contoh : melegakan gejala menopaus secara semulajadi b) “hormone free treatment for menopausal ”? Bolehkah menterjemahkan kepada “Bebas hormone rawatan untuk menopaus?” c) “Mood Swing”, bolehkah guna perkataan “Emosional” atau “Perubahan emosi”? d) “Hot flushes and night sweats”, bolehkah guna perkataan “Rasa panas dan berpeluh malam”? e) “Urinary frequency or involuntary loss of urine”, bolehkah menterjemahkan kepada “ kekerapan kencing atau kekurangan air kencing secara tidak terkawal?” | a) Perkataan semula jadi boleh digunakan untuk “natural”. Oleh itu ayat "melegakan gejala menopaus secara semula jadi" adalah betul . b) hormone free treatment for menopausal - rawatan bebas hormon untuk menopaus c) mood swing - perubahan emosi/berubah angin/berubah suasana d) hot flushes and night sweats - hangat memerah dan peluh malam e) urinary frequency or involuntary loss of urine - kekerapan kencing atau pengeluaran air kencing secara tidak terkawal | Penyemakan dan penterjemahan | 17.02.2016 |
apakah yang dimaksudkan dengan lirik? | Lirik pada umumnya merupakan segala bentuk puisi ynag diakui oleh kebanyakan penyair sebagai yang mempunyai unsur-unsur (antara lainya) subjektiviti, imaginasi, melodi dan emosi; dan berdasarkan unsur-unsur tersebut, lirik lebih merupakan suatu gaya penulisan puisi - bukan suatu bentuk puisi. Dalam perkembangan penulisnya, pelbagai jenis pengucapan yang berunsur lirik telah dapat dikenal. Sebagai contoh: soneta, oda, balada dan elegi adalah antara beberapa variasi pengucapan lirik yang berlainan dilihat dari sudut bentuk, persoalan dan mood. Kadang-kadang lirik dicipta untuk dinyanyikan, lantaran bentuknya yang penuh berirama, bermelodi dan mengandungi unsur-unsur emosi penyair atau penciptanya. Sekian dan salam. | Lain-lain | 16.04.2009 |
ASLMK, Adakah Cerpen sama dengan Novel ? Dari. mahasiswa | Apa itu Cerpen
Ia sebuah karya kreatif yg singkat. Ia lazimnya membentangkan sebuah episod yg significant (mungkin boleh lebih sedikit jika anda punya cukup kemahiran menggarapinya) dan melibatkan watak yang amat terhad jumlahnya. Bentuk penulisan ini perlu pendek, tapi tepat; watak diperkenalkan secara dramatik ataupun penuh aksi, tapi jarang dibina dgn cukup sempurna. Sebuah cerita pendek juga lebih cenderung menumpukan perhatian kepada mood, daripada keseluruhan ceritanya.
ATAU
Untuk lebih mudah difaham, kita ibaratkanlah cerpen ini sebagai sebuah tumbuhan (misalnya, pohon bunga) di dalam pasu. yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga dan bau yang harum (atau mungkin juga tiada bau, bukan?) Bagaimana anda mempastikan bibit bunga yg anda tanam di dalam pasu itu, membesar subur hingga menjadi sebuah pohon bunga yg anda banggai? Ini tugas anda tentunya, untuk menyiram dan membajainya bila perlu. Jika anda menjaganya dgn cukup baik, mana tau mungkin pohon itu akan mengeluarkan bunga yang mengharum wangi dan dikagumi ramai? Bagaimana anda hendak memastikan pohon bunga anda ini, tersenarai sebagai antara pohon bunga terhebat dan termahal pada ketika itu? Misalnya, pohon bonsai yg berharga puluhan ribu satu pasu?
Definasi untuk sebuah novel
Novel mengendalikan perwatakan manusia dalam situasi sosial, manusia adalah makhluk sosial.
Novel menitik beratkan pada watak, terutama sekali pada watak yg cukup bulat - dibandingkan drpd plot.
Satu lagi ciri yang besar tentang novel adalah realism - penuh dgn laporan kehidupan manusia tulen.
ATAU
Untuk lebih mudah difahami, barangkali, kita andaikanlah novel itu ibaratkan sebuah pokok yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga, buah.
Bagaimana kita ingin memastikan pohon yang ditanam dari hanya sebutir benih ini membesar hingga menjadi pohon, dan mungkin jika bernasib baik ia berupaya pula menghasilkan buah yg lumayan untuk membalas budi anda - ini tugas anda sebagai `petaninya' (penulis) ... mungkin anda akan membajainya dgn baja yang berkualiti tinggi dan rajin pula anda menyiraminya dgn air yg bersih dan bukan yg telah tercemar oleh tumpahan toksid dr kilang dan sebagainya.
Terserahlah pada kita sendiri, kita mahukan cerpen atau novel yg bagaimana; yang subur rendang hingga mampu menghasilkan buah yg manis harum. Atau yg kering kontang hingga seluruh daunnya berguguran ke bumi? Atau lagi dahsyat, kita hanya tanam saja benih (idea) dan mengharapkan benih itu hidup sendiri. Dan kemudiannya kita hairan mengapa benih yg ditanam, lalang pula yg tumbuh. Ya, terserah.Azmah Nordin | Lain-lain | 08.09.2009 |
Saya Mahasiswa Universiti Islam Yala Thailand ingin soal perkenaan tentang apa perbezaan antara cerpen dengan novel wassalam. | Apa itu Cerpen