Mata pelajaran Moral atau Mata pelajaran moral Moral ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya atau huruf kecil? | Ejaan yang betul ialah mata pelajaran "Pendidikan Moral", iaitu awal perkataan ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 25.11.2024 |
apakah maksud keamatan moral(moral intensity) | Mengikut data kami dalam bidang kebanyakan bidang termasuk psikologi, intensity diterjemahkan sebagai keamatan namun ada istilah tertentu menggunakan perkataan intensiti. Frasa moral intensity tidak ada dalam pangkalan data kami. DBP mencipta istilah dan memberikan padanan istilah berpandukan maksud istilah dalam bahasa sumber tetapi kami tidak mengubah maksud istilah dalam bahasa sumber tersebut. | Istilah | 01.01.2015 |
Apakah istilah BM bagi moral compass? | Istilah moral compas tidak masih belum ada dalam data kami lagi. Cadangan daripada pihak kami, istilah yang sesuai bagi moral compass ialah kompas moral. | Makna | 02.03.2017 |
Apakah Pekataan dalam bahasa melayu yang sama dengan "Moral Reasoning". Adakah ia sama dengan "penalaran moral" | Perkataan bahasa Melayu yang sama makna dengan Moral Reasoning ialah pemikiran atau hujah moral. T.ksaih. | Lain-lain | 04.09.2008 |
Bolehkah "moral authority" ditafsirkan sebagai wibawa kesusilaan? | Cadangan padanan bagi istilah moral authority dalam bahasa Melayu ialah wibawa moral. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 06.03.2024 |
Ayat yang manakah betul? a) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita melakukan perbuatan yang terkutuk. b) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. Terima kasih | Ayat yang gramatis, Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. | Tatabahasa | 16.03.2012 |
Ayat yang manakah betul? A) ibu bapa haruslah memberikan penekanan tentang pendidikan agama dan moral. B) ibu bapa haruslah memberikan penekanan terhadap pendidikan agama dan moral. | A) ibu bapa haruslah memberikan penekanan tentang pendidikan agama dan moral. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
Saya ingin bertanya terjemahan yang betul bagi "Thinking and Deliberating in Moral Eduation" apakah betul berfikir dan bermuzakarah dalam pendidikan moral? Saya mempunyai kesukaran untuk mencari perkataan yang tepat untuk "deliberating" dalam bahasa melayu dan ini untuk tajuk dalam tesis saya. I need your help please and thank you. | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai bagi Thinking and Deliberating in Moral Education ialah “Pemikiran dan Pertimbangan dalam Pendidikan Moral”. Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2022 |
Apakah perbezaan antara moral dan etika? Terima kasih. | 1. Moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan. 2. Etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan. | Makna | 05.01.2017 |
Adakah ayat ini betul? Remaja yang tidak mendapat didikan agama dan moral tidak berupaya membezakan antara intan dengan kaca. | Remaja yang tidak mendapat didikan agama dan moral tidak berupaya membezakan antara intan dengan kaca, ayat ini tidak gramatis (kurang tepat). | Tatabahasa | 17.04.2015 |