Sala sejahtera, 1. Cadangan Jadual Kem Motivasi 2. Jadual Cadangan Kem Motivasi 3. Jadual Kem Motivasi Cadangan Yang manakah betul dan tepat ? Terima kasih. | Untuk makluman, yang paling tepat ialah Cadangan Jadual Kem Motivasi | Lain-lain | 29.03.2017 |
Tuan di talian, Ayat manakah yang betul bagi ayat contoh di bawah. 1. Murid-murid tekun mendengar ceramah motivasi itu. atau 2. Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun. | Ayat yang gramatis ialah Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun. | Tatabahasa | 07.06.2012 |
Adakah pernyataan di bawah betul ? 1. Pertandingan Bercerita Kanak-kanak 2. Pertandingan Mendeklamsi Sajak 3. Perrtandingan Mengarang Esei 4. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 5. Kolokium Meningkatkan Motivasi | Frasa/ungkapan yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH DALAM BAHASA MALAYSIA:- 1) SELF-DETERMINED MOTIVATION 2) HEALTHIER EATING BEHAVIORS | Terjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Pernah dicadangkan dalam Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan self-determined diterjemahkan kepada penentuan kendiri. Oleh itu, kami mencadangkan frasa self-determined motivation diterjemahkan kepada motivasi penentuan kendiri. Manakala perkataan healthier eating behaviour diterjemahkan kepada tabiat pemakanan yang lebih sihat jika bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.05.2013 |
Assalamualaikum.. 1) Adakah "usaha tangga kejayaan" termasuk dalam kumpulan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah? Setakat pengetahuan saya, slogan tersebut termasuk dalam kata-kata hikmat..Minta pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih | "Usaha tangga kejayaan" bukan termasuk dalam golongan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah. Frasa ini merupakan kata-kata slogan atau moto atau kata-kata perangsang atau kata-kata motivasi yang mempunyai makna di sebaliknya. 1"> | | Lain-lain | 16.08.2017 |
Assalamualaikum.. 1) Adakah "usaha tangga kejayaan" termasuk dalam kumpulan peribadi, bidalan, perumpamaan atau pepatah? Setakat pengetahuan saya, slogan tersebut termasuk dalam kata-kata hikmat..Minta pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih | "Usaha tangga kejayaan" bukan termasuk dalam golongan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah. Frasa ini merupakan kata-kata slogan atau moto atau kata-kata perangsang atau kata-kata motivasi yang mempunyai makna di sebaliknya. 1"> | | Lain-lain | 16.08.2017 |
Saya bercadang utk menyambung pelajaran di peringkat phd. Tesis yg menjadi pilihan adalah "pantang larang masyarakat melayu; sejauh mana kebenarannya". Ada ke tidak artikel2 yang berkaitan @ tesis yg telah dilakukan sebelum ini. | 1. Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian atas hasrat sdr untuk menyambung pelajaran di peringkat phd. Berkaitan dengan pertanyaan sdr sejauh manakah kebenaran isu berkaitan tajuk yang dicadangkan, sebenarnya itulah perkara penting yang perlu sdr kaji semasa menjalankan proses kajian tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti daripada literatur yang telah diterbitkan dan juga yang tidak diterbitkan, juga daripada hasil soal selidik yang dilakukan sepanjang pengajian. Tentu banyak nanti isu-isu yang penting timbul daripada kajian tersebut. Pada masa itu baru sdr boleh putuskan sama ada benar atau tidak. Phd mendidik kita berfikiran kritis, tidak menerima sesuatu bulat-bulat . Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut (seperti buruk dan baik). 2. Artikel yang berkaitan - di peringkat phd pelajar seharusnya boleh bekerja sendiri, memberi motivasi kepada diri sendiri dan juga mengatur kerja-kerja sendiri dengan tersusun oleh itu saya cadangkan sdr mendapatkan rujukan sendiri yang sesuai dengan tujuan kajian yang hendak dilakukan. Seterusnya nanti daripada rujukan yang berkaitan sdr dapat tentukan sama ada kajian tersebut telah dilakukan atau belum jika belum tiada masalah dan jika telah ada kajian mungkin sdr kaji pula daripada sudut lain. Yang penting kajian tersebut mestilah asli, menyumbang kepada pengetahuan yang baru. sekian | Lain-lain | 24.05.2010 |
Salam sejahtera. Terima kasih atas maklumbalas anda. Berikut saya lampirkan definisi operasi/contoh penggunaan perkataan-perkataan yang ingin diterjemahkan. Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan dan disesuaikan mengikut konteks ayat seperti yang berikut: 1. objective authenticity = kesahihan/keaslian objektif 2. constructive authenticity = kesahihan/keaslian membina 3. existensial authenticity= kesahihan/keaslian kewujudan 4. food authencitity = kesahihan/keaslian makanan 5. place attachment= emosi setempat *Place attachment is sometimes used interchangeably with “sense of place” - a personal identification with a location or landscape on an emotional level as an individual or as a member of a community.7,8 Place attachment is a “person-place bond that evolves from specifiable conditions of place and characteristics of people.”9 6. intention to recommend = Mengesyorkan 7. cultural motivation =dorongan/motivasi kebudayaan 8. stimulus-organism-repsonse model = model tindak balas Ransangan/Dorongan Organisma 9. underpinning model = model sokong bawah 10. mediating role = peranan perantara 11. moderating role = peranan sederhana 12. controls variable = pemboleh ubah kawalan | Penyemakan dan penterjemahan | 19.06.2019 |
Bagaimana ingin membantu murid sekolah rendah (yang tidak tahu membaca) supaya dapat membaca dengan lebih baik lagi selain daripada program pemulihan? | Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Di bawah merupakan hasil carian menggunakan KAWAT DBP. Diiharap buku-buku rujukan tersebut dapat menyelesaikan persoalan saudara. | Lain-lain | 13.04.2009 |