Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila buat permohona secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. 1. Daftar Akaun dan Aktifkan Akaun 2. Log masuk dan pilih Daftar Iklan 3. Isikan Maklumat Iklan, muat naik visual iklan, klik Simpan dan buat bayaran Sila rujuk Panduan Pelanggan dan video tatacara permohonan yang disertakan pada laman web. Sebelum menghantar permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila kemas kini visual iklan tuan terlebih dahulu. Pembetulan yang perlu dibuat adalah seperti yang berikut: 1. Betulkan ejaan Jawi: کداي اکسيسوري موتوسيکل 2. Sila gunakan nama yang berdaftar dengan SSM sebagai nama kedai, iaitu SPEED 9 MOTOR PARTS. Sekiranya nama lain hendak digunakan, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau buat dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris).
|