| Tolong menterjemah daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu bagi ayat tercatit dibawah:- Mould Polishing. Sekian, Terima Kasih. | Untuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk mould polishing dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk mould ialah acuan dan istilah untuk polishing ialah penggilapan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penggilapan acuan. | Istilah | 30.11.2012 |
| Padanan “mould and rope inhibitors” ialah “penghalang kulat” dalam peruntukan di bawah ini. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan padanan ini ditukar kepada “perencat kulapuk dan tetali”. Selain itu, adakah “polymeric food-contact surfaces” boleh dipadankan sebagai permukaan yang bersentuhan dengan makanan” atau terdapat padanan lain yang lebih bersesuaian seperti “permukaan sentuhan makanan berpolimer”. “Antimicrobial Agent 20A. (1) In these Regulations, “antimicrobial agent” means any substance used to preserve food by preventing the growth of microorganisms and subsequent spoilage, including fungistats, mould and rope inhibitors, or to sterilize polymeric food-contact surfaces. Agen antimikrobial 20A. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, “agen antimikrobial” ertinya apa-apa bahan yang digunakan untuk mengawet makanan dengan menghalang pertumbuhan mikroorganisma dan kerosakan seterusnya, termasuk fungistat, penghalang kulat, atau untuk mensterilkan permukaan yang bersentuhan dengan makanan.”. | Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: mould and rope inhibitors - perencat kulapuk dan tetali polymeric food-contact surfaces - permukaan sentuh makanan berpolimer Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 28.05.2021 |
| Istilah “ripening ferment” dalam contoh ayat ini dipadankan dengan “tapai matang”. Melalui semakan di PRPM istilah ini dipadankan sebagai “pematang fermentasi”. Apakah padanan yang sewajarnya bagi istilah dalam contoh ayat ini. “106. (2) Cheese may contain ripening ferments, harmless acid producing bacterial cultures, special mould cultures and may be coated with harmless wax or plastic. 106. (2) Keju boleh mengandungi tapai matang, kultur bakteria penghasil asid yang tidak berbahaya, kultura kulat khas dan boleh disaluti dengan lilin atau plastik tidak berbahaya.”. | Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah bahasa Melayu bagi "ripening ferment" ialah "pematang fermentasi". Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan "fermentasi" sebagai penapaian, iaitu gas yang dikeluarkan akibat tindak balas. Bagi terjemahan konteks ayat yang diberikan, perkataan "tapai matang" boleh disesuaikan dalam penggunaan ayat tersebut. Kamus Dewan juga merakamkan definisi "tapai", iaitu tindak balas kimia yang melibatkan penguraian molekul organik oleh sesuatu bahan seperti ragi (kulat, enzim) menjadi bahan yang lebih ringkas. Terjemahan ini juga berdasarkan Peraturan Peraturan Makanan 1985 dan bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Lain-lain | 28.05.2021 |