Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu] | مو

Definisi : huruf ke-12 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol M, µ. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu] | مو

Definisi : singkatan bagi kamu: rumah~; kereta~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan yang betul untuk "hamba Mu ("Mu" merujuk kepada Tuhan), kemuliaan Mu, pohon kepada Mu, etc... Perlu dijarakkan 'Mu' atau tidak? Sekian, terima kasihEjaan yang betul ialah hamba-Mu, kemulian-Mu, kepada-Mu.Ejaan14.09.2009
Ingin tahu cara betul ejaan untuk "Maha Suci Mu". Perkataan "Mu" perlu didekatkan atau tidak? TkasihEjaan yang betul ialah Maha Suci-Mu.Ejaan04.02.2010
1. Bagaimana sebutan bagi perkataan MULAI? Adakah MU - LAI atau MU - LA - I ? 2. Adakah terdapat imbuhan akhiran dalam perkataan MULAI ini?

Sebutan bagi perkataan MULAI ialah Mu-la-i.

Lain-lain26.05.2010
Saya ingin membuat kempen dan taglinenya adalah "serlahkan kewanitaanmu" . Yang mana cara ejaan yang betul "kewanitaanmu" atau "kewanitaan mu" atau "kewanitaan Mu" ? Terima kasihEjaan yang betul ialah kewanitaanmu.Tatabahasa03.11.2011
3. Bagaimankah penggunaan “mu” dan “kau”? Yang mana betul: a. Akalmu/ akal mu b. Ajarku/ ajar ku c. Kuajar/ ku ajar d. Kauterima/ kau terima e. Cawanku/ cawan ku f. Ambilkan kucawan/ ambilkan ku cawan/ ambilkanku cawanKata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan.Tatabahasa08.05.2007
JASA MU OR JASAMUEjaan yang betul ialah jasamu.Ejaan22.10.2009
Yang mana paling tepat: a) Sejahterakan hati kami Ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu. b) Sejahterakan hati kami ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu.

Ejaan yang betul seperti dalam ayat kedua "Sejahterakan hati kami ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu".

Tatabahasa13.09.2011
perkataan ku dan mu di depan dan belakang sesuatu perkataan perlukah dirapatkan. contohnya ku seru ditulis kuseru, nama mu kepada namamuMemandangkan perkataan tersebut ialah singkatan, jadi, kata seperti kuseru atau namamu perlulah dirapatkan. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain17.11.2006
masalah pengunaan "mu" dengan "awak" dalam dialek negeri kedah.Apakah masalah penggunaan kata nama tersebut kerana kedua-duanya boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Kata ganti nama 'mu' ialah singkatan kepada kamu dan ditulis bersambung dengan perkataan yang berganding dengannya seperti rumahmu.Tatabahasa03.04.2012
Benarkah cara menulis kata ganti diri bagi Tuhan adalah begini, kepada-Mu, pada-Nya, insya-Allah, masya-Allah dan sebagainya? Adakah salah jika tidak diletakkan sempang?Ejaan yang betul ialah kepada-Mu, pada-Nya, insya-Allah dan masya-Allah. Salah dari aspek ejaan jika tidak meletak tanda sempang.Ejaan29.10.2011
123

Kembali ke atas