Apakah ejaan yang betul untuk "hamba Mu ("Mu" merujuk kepada Tuhan), kemuliaan Mu, pohon kepada Mu, etc... Perlu dijarakkan 'Mu' atau tidak? Sekian, terima kasih | Ejaan yang betul ialah hamba-Mu, kemulian-Mu, kepada-Mu. | Ejaan | 14.09.2009 |
Contoh: rambutmu atau rambut mu? Perkataan 'mu' perlu dijarakkan atau disambung? | Kata ganti nama singkat 'mu' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya. Ejaan yang betul ialah rambutmu | Ejaan | 03.06.2020 |
Ingin tahu cara betul ejaan untuk "Maha Suci Mu". Perkataan "Mu" perlu didekatkan atau tidak? Tkasih | Ejaan yang betul ialah Maha Suci-Mu. | Ejaan | 04.02.2010 |
1. Bagaimana sebutan bagi perkataan MULAI? Adakah MU - LAI atau MU - LA - I ? 2. Adakah terdapat imbuhan akhiran dalam perkataan MULAI ini? | Sebutan bagi perkataan MULAI ialah Mu-la-i. | Lain-lain | 26.05.2010 |
3. Bagaimankah penggunaan “mu” dan “kau”? Yang mana betul: a. Akalmu/ akal mu b. Ajarku/ ajar ku c. Kuajar/ ku ajar d. Kauterima/ kau terima e. Cawanku/ cawan ku f. Ambilkan kucawan/ ambilkan ku cawan/ ambilkanku cawan | Kata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan. | Tatabahasa | 08.05.2007 |
Assalamualaikum, mohon pencerahan tentang kehadiran perkataan "dengan" dalam ayat ini. Rabbi, Aku Ingin Mengenal-Mu "dengan" Lebih Dekat atau Rabbi, Aku Ingin Mengenal-Mu Lebih Dekat. Terima kasih. | Puan, Ayat yang betul ialah "Rabbi, aku ingin mengenal-Mu dengan lebih dekat". Perkataan "dengan" dalam ayat tersebut merupakan kata sendi nama "dengan" yang membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contoh lain, "Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul". | Tatabahasa | 15.04.2019 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai perkataan kau, mu dan ku. Adakah perkataan 'kau' boleh disambung bersama kata kerja dibelakang atau di depannya seperti kaumakan dan pergikau? Bagi 'mu' dan 'ku' pula, bolehkan ia bersambung bersama perkataan selepas atau sebelumnya sebagai contoh, kumilikmu? Bagaimana pula dengan kuberikankau? Terima kasih, Wassalam. | W'salam Unsur klitik seperti 'mu', 'ku' 'kau' tidak boleh berdiri sendiri, perlu digandingkan dengan perkataan di hadapan atau di belakangnya. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 16.06.2016 |
Yang mana paling tepat: a) Sejahterakan hati kami Ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu. b) Sejahterakan hati kami ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu. | Ejaan yang betul seperti dalam ayat kedua "Sejahterakan hati kami ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu". | Tatabahasa | 13.09.2011 |
Bagaimana saya asingkan suku kata berikut? 1. buah >> bu-ah atau buah (satu suku kata) 2. kemudian >> ke-mu-di-an atau ke-mu-dian 3. ruang>> ru-ang atau ruang 4. keluarga >> ke-lu-ar-ga atau ke-luar-ga 5. dua >> du-a atau dua 6. tiap >> ti-ap atau tiap 7. bahagia >> ba-ha-gi-a atau ba-ha-gia | 1. buah = bu.ah (dua suku kata) 2. kemudian = ke.mu.di.an (empat suku kata) 3. ruang = ru.ang (dua suku kata 4. keluarga = ke.lu.ar.ga (empat suku kata) 5. dua = du.a (dua suku kata) 6. tiap = ti.ap (dua suku kata) 7. bahagia = ba,ha,gi.a (empat suku kata)
| Tatabahasa | 19.12.2016 |
perkataan ku dan mu di depan dan belakang sesuatu perkataan perlukah dirapatkan. contohnya ku seru ditulis kuseru, nama mu kepada namamu | Memandangkan perkataan tersebut ialah singkatan, jadi, kata seperti kuseru atau namamu perlulah dirapatkan. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 17.11.2006 |