Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua/] | مواق

Definisi : 1. sudah jemu (kerana selalu benar me­makan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yg terlalu ber-hati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (spt air, gas, dll) yg dicampuri dgn benda yg lain sehingga benda yg pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dgn benda yg dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yg dicampurkan), mene­pukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua/] | مواق

Definisi : 1 sudah jemu kerana selalu sangat memakan sesuatu; bosan. 2 berasa hendak muntah; loya; mual. 3 berasa jijik kerana mendengar atau melihat sesuatu. memuakkan menimbulkan perasaan muak; meloyakan; menjemukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muak (adjektif)
1. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, lugu, majal, pasai,

2. Bersinonim dengan mual: loya, meluah, meluak, dugal, enek, meloyo,

3. Bersinonim dengan menyampah: meluat, berbulu, getik, jijik, benci,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Lori itu muak dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, muak ialah 1. sudah jemu (kerana selalu benar me­makan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yangg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dll) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), mene­pukan.

Ayat kedua betul manakala ayat kedua perlu dipinda seperti berikut;

 1. Lori itu muat dengan barang-barang.

2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan.
Tatabahasa18.07.2013
Bolehkah pihak tuan jelaskan perbezaan antara 'muak' dan 'mual' ? =================================== Diberi soalan berikut : Saya sudah jelak dengan sikapnya itu. Perkataan seertin bagi jelak ialah ? (muak atau mual) =================================== Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, muak dan mual sama erti. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna18.05.2009

Kembali ke atas