Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang perbezaan penggunaan istilah muamalat dan muamalah. Apakah istilah yang sesuai untuk digunapakai pada sesuatu institusi atau cawangan/bahagian, adakah *cawangan/bahagian muamalah atau muamalat. mohon pandangan. | Tiada perbezaan makna antara istilah muamalat dengan muamalah, perbezaan hanyalah istilah muamalat merupakan bentuk jamak daripada muamalah. Kamus Dewan mentakrifkan mualalat dan muamalah sebagai segala urusan yang tergolong atau berkaitan dengan bidang kemanusiaan. Muamalat merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai aktiviti ekonomi dan bukan ekonomi. Dari aspek teknikalnya muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan. | Makna | 07.05.2018 |
1. bagaimana menulis perkataan muamalat? atau perkataan yang berasal daripada bahasa arab? adakah perlu tulis secara normal atau secara meningiring (italic)? 2. dalam penulisan ilmiah, apakah perkataan yang perlu ditulis secara 'italic'? | Perkataan muamalat dan perkataan-perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dan telah diterima pakai dalam bahasa Melayu ditulis secara normal tanpa perlu dicondongkan seperti contoh fitrah, haul dan sebagainya. 2. Dalam penulisan ilmiah, antara perkataan yang perlu dicondongkan termasuklah istilah-istilah tertentu dalam bidang berkaitan yang tidak mempunyai padanan istilah dalam bahasa Melayu. Selain itu, perkataan daripada bahasa Inggeris juga perlu dicondongkan. Walau bagaimanapun, penentuan perkataan yang perlu dicondongkan atau tidak, bergantung juga pada gaya penerbitan sesebuah penerbit. | Lain-lain | 21.02.2018 |
SAYA NAK DAPATKAN 200 ISTILAH MELAYU DALAM MUAMALAT ATAU KEWANGAN..APA BUKU YANG BOLEH SAYA GUNA UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN.. | Buku yang boleh digunakan ialah Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan. | Lain-lain | 29.04.2009 |
Adakah pihak DBP menegur bank-bank di negara ini yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada laman sesawang, misalnya laman sesawang Bank Muamalat dan laman sesawang Bank Hong Leong. Tiadakah badan yang boleh menguatkuasakan peraturan agar bahasa kebangsaan diutamakan kepada mereka? | Kami akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu dan memaklumkan kepada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. | Tatabahasa | 22.11.2014 |
salam...boleh tak jelaskan secara terperinci "dharar"? | Tidak ada maklumat tentang perkataan dharar dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun sedikit maklumat yang boleh membantu perkataan dharar ialah bahasa Arab yang lazimnya diakitkan dengan muamalat. Untuk mendapatkan maklumat yang jelas, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Makna | 23.02.2012 |