adakah muat turun dan muat naik ialah kata majmuk? | Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Oleh itu, "muat turun" dan "muat naik" ialah kata majmuk. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
Salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya. Terima kasih. | Perkataan yang betul ialah melalui, iaitu muat naik melalui laman media. Melalui dalam konteks ayat tersebut berfungis sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". Contohnya, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui radio. | Makna | 26.11.2018 |
1. muat turunkan atau muatturunkan ? 2. tambah baikkan atau tambahbaikkan ? 3. muat naikkan atau mautnaikkan ? | Ejaan yang tepat ialah 1. muat turun. 2. tambah baik atau penambahbaikan. 3. muat naik. | Ejaan | 05.09.2010 |
Selamat pagi dan salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya sekali. Terima kasih. | Penggunaan perkataan yang betul ialah muat naik ke dalam laman media. Kata sendi nama 'ke' menunjukkan berlakunya pergerakan fail contohnya dalam simpanan komputer ke laman media dan penggunaan kata sendi nama 'dalam' merujuk laman media yang merupakan tempat/lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang nyata. | Tatabahasa | 19.11.2018 |
Apakah proses pembentukan istilah 'muat naik' dan 'muat turun' dalam bahasa Melayu untuk padanan upload dan download? | ntuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud prosespenyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Prosespembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilahasing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilahMelayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilahasing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.10.2018 |
Bolehkah perkataan "muat turun" diimbuhkan dengan imbuhan me-...-kan? Jika boleh diimbuhkan, adakah penggunaannya dalam ayat ini betul? Anda boleh "memuaturunkan" berita ini dari laman web.... | Ungkapan tersebut betul. | Tatabahasa | 16.11.2007 |
SALAM, KENAPA KEMUDAHAN MUAT TURUN BAHAN UNTUK KSSR TAHUN 1/2 TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN? | Untuk kemudahan muat turun bahan KSSR tahun 1-3, tuan boleh menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. | Lain-lain | 17.09.2013 |
Salam, Di mana boleh saya muat turun "Panduan Penyediaan Manuskrip" untuk penerbitan dalam DBP? Terima kasih | Salam, Di mana boleh saya muat turun "Panduan Penyediaan Manuskrip" untuk penerbitan dalam DBP? Terima kasih MAAF SAYA TIDAK DAPAT MEMBERI SECARA LENGKAP CUMA PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP SEPERTI DIBAWAH. Setiap manuskrip mestilah mempunya tiga bahagian iaitu seperti yang diperturunkan dibawah. PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP LENGKAP• Bahan Awalan Bahan yang dicetak sebelum bahagian teks seperti judul separa, judul penuh, halaman hak cipta, prakata, pendahuluan, dedikasi, halaman kandungan dsb. • Bahan teks/isi Bahagian utama dalam sesebuah buku yang mengandungi teks(isi),rajah, jadual, nota kaki, nota hujung, petikan. • Bahan akhiran Bahan yang dicetak selepas bahagian teks termasuk lampiran, glosari dan senarai istilah, bibliografi, dan indeks. | Lain-lain | 15.12.2008 |
Adakah penggunaan ayat berikut betul; 'Sila klik imej untuk muat turun borang penyertaan' Terima kasih! | Ayat 'Sila klik imej untuk muat turun borang penyertaan' betul dan tidak mengandungi kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 02.03.2007 |
Mirza Farhana 12.33 PTG Salam. Boleh saya tahu di mana saya boleh muat turun istilah-istilah semasa yang baru diumumkan oleh DBP. Lebih mudah jika boleh muat turun. Terima kasih. | Belum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya. Kami amat menghargai kerjasama tuan dalam hal ini dan kami ucapkan terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2017 |