Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. saya tertanya-tanya bilakah agaknya DBP mahu anjurkan sato seminar atau kursus menulis novel untuk muda-mudi kita. hal ini kerana, hari ini, begitu ramai remaja mahu mendekatkan diri kepada bahan bacaan seperti novel.DBP menganjurkan bengkel Minggu Penulis Remaja(MPR) pada setiap tahun. Bengkel ini membimbing peserta remaja  berumur 18-21 tahun dalam penulisan novel, puisi dan cerpen. Syarat untuk peserta ialah karya mereka pernah tersiar dalam mana-mana media massa. Sila layari laman web DBP untuk tawaran mengikuti bengkel ini atau hubungi Puan Zeti Aktar binti Jaffar untuk keterangan lanjut. Untuk bengkel, kursus atau seminar lain untuk remaja yang diadakan di DBP dari semasa ke semasa, sila rujuk laman web DBP atau pejabat DBP di Johor(07-236 5588), Kelantan(09-741 4902), Pulau Pinang(04-537 7242),Sabah(088-439 260) dan Sarawak(082-444711).      Lain-lain21.05.2010
Nirmala Agung Jan 19th, 11:32pm Salam, saya seorang graduan yang bukan dari bidang bahasa. saya sedang berjinak-jinak untuk menjadi penulis, tujuan saya mengirim pesanan ini adalah untuk menyuarakan kerisauan tentang kandungan kamus dewan. saya berharap kata serapan arab dan inggeris. saya cuma risau nanti bahasa melayu di nusantara ini akan jadi bahasa inggeris pada akademik, sosial dan ekonomi (Malang tidak dapat dielak perkataan Sosial,ekonomi dan akademik adalah serapan dari barat) dan arab pada agama. anak muda-mudi kini semakin hanyut dan hanya tidak sampai sesuku per 100 dari perkataan melayu dari kamus dewan digunapakai. Saya berharap sangat pakar bahasa kembali waras dan sedar tanggungjawab mereka untuk anak cucu melayu di tahun-tahun yang jauh ke dihadapan.. sedangkan penulisan ini pun sudah rosak dengan kata serapan. Sekian,.. Nirmala agungAntara konsep pembentukan istilah ialah mengambil istilah yang ada dalam pelbagai dialek dan kemudiannya barulah bahasa asing. Cara mengejanya adalah mengikut kaedah ilmiah pembentukan istilah. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris atau bahasa yang lain juga mengikut konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun proses ini tidaklah dilakukan dengan sewenang-wenangnya, melainkan telah mematuhi syarat pembentukan istilah yang sedia ada.Lain-lain19.01.2015
salam hormat.. saya ingin tahu bagaimana sesebuah novel itu boleh dikategorikan sebagai novel yang mempunyai nilai komersial & nilai intelektual serta bagaimana pula sebaliknya?Salam hormat. Untuk pengetahuan saudara, novel yang mempunyai nilai komersial ialah novel yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya. Antara ciri-ciri novel komersial ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah yang tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel komersial juga merupakan novel popular yang diminati oleh golongan remaja. Novel intelektual pula ialah novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel intelektual, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. Lain-lain08.01.2010
Apakah yang dimaksudkan dengan novel popular dan novel berat? Apakah perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis novel?

             Untuk pengetahuan saudara, belum ada definisi yang tuntas berkaitan dengan novel popular dan novel serius. Walau bagaimanapun kedua-dua novel ini dapat  dibezakan. Antara ciri-ciri novel popular ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel popular diminati oleh golongan remaja. Novel  popular juga  mempunyai nilai komersial, yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya.

 

              Manakala novel serius pula dikenali juga sebagai novel intelektual iaitu novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel serius, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. 

Sastera28.11.2019

Kembali ke atas