rangup bermaksud mudah pecah (untuk Makanan spt keropok) tetapi rapuh bermaksud mudah pecah dan patah(untuk Bukan Makanan) , Betul? | Pandangan saudara boleh diterima. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
bagaimana untuk mengeja barang mudah pecah di dalam bahasa ingerris? | Dalam bahasa Inggeris dieja fragile. | Ejaan | 12.02.2008 |
Apakah perbazaan antara 'rangup' dengan 'garing'? | Rangup ialah mudah pecah; rapuh: biskut yang ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan untuk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya. Garing pula ialah agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. | Makna | 29.07.2013 |
Apakah pebezaan rangup antara rapuh? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata "rangup" memberi maksud mudah pecah atau patah, rapuh. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kata "rangup" memberi makna yang sama dengan "rapuh". Contoh ayat: "Kerepok yang rangup" atau "Kerepok yang rapuh". | Tatabahasa | 28.09.2021 |
Apakah perbezaan antara rangup dan rapuh?keropok udang/ikan/lekor yang rangup atau rapuh? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata "rangup" memberi maksud mudah pecah atau patah, rapuh. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kata "rangup" memberi makna yang sama iaitu "rapuh". Contoh ayat: "Kerepok yang rangup" atau "Kerepok yang rapuh". | Makna | 20.09.2021 |
Apakah perbezaan antara rangup dengan rapuh? Keropok ikan yang dibeli oleh Shima sangat________dan rasanya sangat sedap. A)rapuh B)rangup C)empuk | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata "rangup" bermaksud mudah pecah atau patah, rapuh. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kata "rangup" memberikan makna yang sama, iaitu "rapuh". Walau bagaimanapun, penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks. Jawapan yang tepat ialah B)rangup | Tatabahasa | 28.09.2021 |
Apakah perbezaan "garing","rapuh"dan"rangup" | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata “garing” bermaksud 1. agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. Rapuh dan rangup memberi maksud mudah pecah atau patah atau rapuh. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kata "rangup" ada persamaan makna dengan “rapuh”. Contoh ayat: "Kerepok yang rangup" atau "Kerepok yang rapuh”. Walau bagaimanapun, penggunaan kata tersebut perlu bersesuaian dengan konteks ayat. Perbezaannya, hanya kata “rapuh” mempunyai perluasan makna kiasan contohnya tidak teguh, tidak kuat, lemah dan lain-lain. | Makna | 10.11.2021 |
Apakah perbezaan antara 'kecacatan bangunan' dan "kerosakan bangunan' yang lazimnya digunakan dalam istilah kejuruteraan? | Kecacatan bangunan bermaksud keadaan bangunan yang tidak sempurna, manakala kerosakan bangunan bermaksud keadaan bangunan sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah. Dalam bahasa yang mudah difahami kerosakan bangunan memungkinkan bangunan tidak boleh digunakan, manakala kecacatan bangunan hanya menyebabkan keadaan tidak sempurna tetapi masih boleh digunakan. Bidang pembinaan juga menerima konsep tersebut kerana itulah lazimnya istilah 'kecacatan bangunan' digunakan. | Istilah | 04.03.2012 |
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)? | Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan: Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan). · Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak; biskut yang sudah hapak. Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan: Garing ialah keras tetapi rapuh seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup. | Makna | 06.04.2014 |
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut: "baik hati" = suka menolong, mudah simpati dan pengasih, "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang, "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia, "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran" = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta. "Kecekalan" = ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati. "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin). "Persaudaraan" = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi. | Istilah | 07.11.2010 |