Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.da.rat]/[mu.da.rat] | مضرت

Definisi : 1. sesuatu yg merugikan atau mem­bahayakan, kerugian, bahaya: selain Allah, tiadalah kuasa yg mendatangkan manfaat atau ~ kpd diri manusia; memberi ~ me­rugikan; 2. tidak berhasil (berjaya), gagal; 3. berbahaya, merugikan: huraikan satu kaedah utk membunuh kuman yg ~ yg ada di dlm susu; 4. melarat (penyakit dll), bertambah payah: maka ~lah penyakit itu; bermudarat membawa atau mendatangkan mudarat, ada mudaratnya: ular dianggap sbg binatang yg ~ kpd manusia; memudaratkan 1. mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan: tiada sesiapa pun yg mahu ~ dirinya sendiri; 2. mendatang­kan bahaya (bencana), membahayakan: kita telah membuat garam biasa yg tidak ~; kemudaratan perihal atau keadaan mudarat, kerugian: dia tidak suka menurut telatah kawan-kawan yg boleh membawa ~ bagi diri-nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.da.rat]/[mu.da.rat] | مضرت

Definisi : 1 yg tidak menguntungkan; yg merugikan: Hanya Allah saja yg dpt mendatangkan manfaat atau ~ kpd manusia. 2 tidak berhasil atau tidak berjaya. 3 yg berbahaya; yg tidak berguna: Jika bersenam mendatangkan ~ kpd diri saudara, tak usahlah dilakukan. memudaratkan 1 mendatangkan kerugian; merugikan. 2 mendatangkan bahaya. kemudaratan 1 segala yg tidak menguntungkan; kerugian. 2 keadaan mudarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudarat
Kata Terbitan : kemudaratan, memudaratkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kreditSila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1Lain-lain19.09.2007
Tuan, Semakan penggunaan perkataan hazad yang diterbit/diterjemahkan daripada perkataan bahasa inggeris hazard. Saya telah semak perkataan hazad ini dalam carian kata namun tiada rekod, maka saya memohon cadangan istilah lain untuk menggantikan perkataan hazad ini.Padanan hazard dalam bahasa Melayu ialah bahaya. atau mudarat.Istilah31.05.2013
Untuk makluman pihak kami ada menggunakan perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris contohnya 'hazard' dalam beberapa dokumen. Namun begitu, perkataan tersebut dicondongkan (italic). Persoalannya adalah apabila menggunakan perkataan imbuhan contohnya 'berhazard', adalah kami perlu menyondongkan semua perkataan 'berhazard' atau memadai menyondongkan 'hazard' sahaja dan tidak bagi imbuhan 'ber'. Mohon khidmat nasihat pihak Tuan.Untuk makluman, perkataan "hazard" tidak diterima sebagai kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Perkataan "hazard" perlu diterjemahkan dan mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti bahaya, mudarat, risiko, ancaman, halangan, bencana, mala petaka dan nahas. Oleh itu, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemah kepada bahasa Melayu, contohnya, berbahaya dan berisiko.Istilah07.08.2012

Kembali ke atas