Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mug


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Alice' Mug CafeSila kemukakan soalan tuan dengan jelas.Lain-lain23.11.2017
Adakah perkataan mug (bahasa inggeris) yang bermaksud cawan atau kole telah dimasukkan dalam kamus bahasa Melayu?Entri "mug" ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan takrifnya adalah seperti yang berikut:


n 1 bekas bertangkai tanpa piring yg dibuat drp ayan, porselin, plastik dll, digunakan utk minum kopi, teh dsb yg saiznya lebih besar drp cawan; 2 ...
Lain-lain30.05.2021
Assalamualaikum, Saya ini bertanya, kata "kole" dan "koleh" yang mana betul untuk "mug". kedua-dua terjemahan saya temui di PRPM.Padanan mug dalam bahasa Melayu ialah koleh.Istilah25.05.2016
Apakah perbezaan ejaan koleh dan kole memandangkan terjemahan tankard ialah kole besi dan terjemahan mug ialah koleh? Bukankah kedua-dua perkataan tankard dan mug ialah perkataan sinonim yang merujuk kepada gelas minuman yang mempunyai pemegang?Penggunaan yang betul ialah "kole" kerana dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, perkataan tersebut merujuk kepada bekas minuman bertangkai yang dibuat daripada ayan dan lain-lain.Ejaan19.10.2020
Saya ingin tahu terjemahan untuk frasa 'premium gift' dan 'button bagde' dalam Bahasa Malaysia. Juga 'ceramic mug'. Terima kasih.Untuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk istilah yang tuan kemukakan. Walau bagaimanapun, cadangan istilah bahasa Melayu ialah cenderamata istimewa (premium gift), lencana butang (button badge) dan kole seramik (ceramic mug).Istilah08.02.2012
assalamualaikum tuan,saya musykil tentang permohonan papan tanda saya yang ditolak atau tidak menepati ciri ciri bahasa malaysia.Diharap dapat kiranya pihak tuan memberikan kesalahan pada papan tanda kedai saya supaya saya dapat membuat pembetulan dengan secepat mungkin.Untuk pengetahuan pihak tuan saya sedang memohon permit perniagaan daripada MBSA dan ingin mempercepatkan proses permohonan tersebut kerana khuatir akan dikenakan tindakan daripada MBSA. Sekian.Terima kasih. Wassalam.Penggunaan bahasa Melayu dalam papan tanda yang dilampirkan mempunyai kesalahan tatabahasa. Sila buat pembetulan seperti yang berikut:

a. MENCETAK DAN MEMBEKAL = PENCETAK DAN PEMBEKAL
b. T-SHIRT, JERSEY UNIT PERSATUAN , MUG, WOVEN BAG, CAP, PEN, LANYARD, SEMINAR BAG, MOUSE PAD = KEMEJA-T, JERSI, KEMEJA-T UNIT PERSATUAN, KOLE, BEG ANYAM, TOPI, PEN, LANYARD, BEG SEMINAR, PAD TETIKUS.

Tatabahasa15.07.2013

Kembali ke atas