Salam, Bagaima untuk mengeja perkataan Mukadimah? Adakah jika ejaan muqaddimah ini salah? | Merujuk dalam data DBP, Mukadimah bermaksud kata pendahuluan manakala dalam bahasa Arab pula membawa makna kata pengantar, prakata atau pendahuluan dalam sesuatu ujaran atau wacana. Jika dilihat, perkataan 'Muqaddimah' tidak salah digunakan malahan pernah digunakan dikebanyakan dalam judul-judul buku lama. Oleh itu, sebaiknya ejaan perkataan 'Mukadimah' lebih sesuai digunakan dan telah pun diiktiraf dalam Kamus Dewan terbitan DBP. | Ejaan | 10.06.2017 |
saya hendak membeli buku Mukadimah Ibnu Khaldun terbitan DBP...namun telah kehabisan stok di kedai-kedai buku yang telah dikunjungi...Bagaimana caranya? | Puan boleh cuba menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP melalui talian 03-2147 9677 atau 03-2147 9678 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 13.07.2016 |
Assalamualaikum wbt. Saya berminat untuk mendapatkan buku terbitan DBP bertajuk Mukadimah Ibn Khaldun, ISBN 983-62-3952-9. Pohon bantuan pihak DBP. Wassalam, terima kasih. | Sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 26.03.2015 |
Salam,bgmna permulaan prakata yg ada tuanku dan penyusun. Bagaimana dlm penerbitan. Adakah ada panduan dr DBP. | Salam, Prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dan lain-lain, atau mukadimah. Ia berbeza dengan kata pengantar dan penghargaan. DBP tidak ada menyediakan sebarang panduan khusus berkenaan penyediaan prakata. Akan tetapi, puan boleh merujuk contoh-contoh sedia ada atau Gaya Dewan.
| Lain-lain | 03.09.2015 |
Tuan/ Puan, Mohon pandangan pihak tuan/ puan, apakah terminologi yang bersesuaian untuk tajuk ucapan YAB Perdana Menteri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian dalam sesebuah penerbitan dokumen atau buku sama ada "Prakata", "Perutusan", "Kata Alu-aluan" atau lain-lain. Terima kasih. | Salam sejahtera, Berdasarkan data kami, prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu utk sesebuah buku dll, mukadimah. Perutusan bermaksud 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya;. Kata alu-aluan bermaksud ucapan (katakata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb);. Berdasarkan ini kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Prakata atau Kata Alu-aluan berdasarkan kesesuaian pihak tuan. Sekian. | Lain-lain | 03.08.2017 |
berikan contoh ayat dan makna bagi perkataan tersebut:- 1. dwibudaya 2. pratonton 3. prakata 4. tatanegara | 1. Dwibudaya bermaksud mempunyai (mengamalkan) dua kebudayaan yang utama (seperti kebudayaan Inggeris dan kebudayaan Perancis yang diamalkan di Kanada). 2. Pratonyon bermaksud tayangan filem, persembahan teater dan sebagainya yang dikhususkan untuk wartawan, pengkritik dan sebagainya sebelum filem, teater dan sebagainya itu dipertontonkan secara rasmi kepada orang ramai. 3 Prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dan lain-lain, atau mukadimah. 4. Tatanegara bermaksud susunan dan bentuk pemerintahan negara. Kata/istilah ini banyak digunakan dalam penulisan buku, berita atau rencana. Sila rujuk artikel yang berkaitan untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. | Makna | 17.03.2010 |
apakah pengaruh peadaban islam yang pertama dalam manuskrip ? | Sila rujuk bahan ini : 1. Kesusasteraan Melayu Lama dan Warisan Peradaban Islam / Dr. Ismail Hamid . Fajar Bakti : 1983 2. Peradaban dalam Islam / Muhammad Uthman el-Muhammady . Pustaka Aman Press . 1982 3. Islam dalam sejarah dan kebudayan Melayu : suatu mukadimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah MElayu-Indonesia dan kesannya dalam sejarah pemikiran,bahasa dan kesusasteraan MElayu / Muhaamd Naguib Al Attas . ABIM.1990 | Lain-lain | 19.09.2008 |