APakah takrif remaja menurut Kamus Dewan? | remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda; | Makna | 23.12.2008 |
Apakah perbezaan antara mula dan mulai? | Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan mulai ialah mula-mula melakukan sesuatu: pada malam Jumaat mulailah dia datang mengintai di situ; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku mulai hari Khamis ini. Mula pula ialah asal, mula asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke mulanya; 2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang mula wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa mulanya dia datang ke mari? | Makna | 18.02.2013 |
1. Bagaimana sebutan bagi perkataan MULAI? Adakah MU - LAI atau MU - LA - I ? 2. Adakah terdapat imbuhan akhiran dalam perkataan MULAI ini? | Sebutan bagi perkataan MULAI ialah Mu-la-i. | Lain-lain | 26.05.2010 |
saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'dari'..sebagai contoh, .... telah menetapkan tempat tersebut berkuat kuasa mulai dari 3 mac 2008 atau telah menetapkan tempat tersebut berkuat kuasa mulai 3 mac 2008.. terima kasih.. | Yang betulnya ialah.....mulai 3 Mac.... | Tatabahasa | 21.10.2009 |
berkuat kuasa mulai/pada | berkuat kuasa mulai/pada | Tatabahasa | 24.11.2008 |
Benarkah perkataan 'mulai' juga dikira sebagai kata perintah? Ayat contoh: Mulai menjawab soalan sekarang. Terima kasih. | Akhiran -i wujud dalam bentuk ayat suruhan, seperti patuhilah segala perintahnya. Untuk menjadi kata perintah ayat tersebut perlu diubah menjadi "mulailah menjawab soalan sekarang". | Tatabahasa | 14.05.2013 |
Salam sejahtera. Pertanyaan, "Dia begitu bangga dengan kedudukannya sehingga (mula atau mulai) menindas orang lain." Perkataan mana satukah yang lebih tepat penggunanya dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Dia begitu bangga dengan kedudukannya sehingga mulai menindas orang lain. Mulai bermaksud mula-mula melakukan sesuatu. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
sebahagian besar daripada pengguna dari negara ini mulai sedar dengan hak mereka dan menyarakannya melalui Persatuan Pengguna. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN AYAT INI? TK MUNSYI | Sebahagian besar daripada pengguna di negara ini mulai sedar tentang hak mereka dan menyuarakannya melalui Persatuan Pengguna. | Tatabahasa | 22.05.2012 |
Apakah kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat berikut: "Seperti yang kita sedia maklum, Universiti Malaya akan dikorporatkan mulai Jun depan." | Ayat yang betul ialah: Seperti yang kita sedia maklum, Universiti Malaya akan dikorporatkan mulai bulan Jun. | Tatabahasa | 25.03.2008 |
1)Mereka memberitahu kami bahawa peraturan itu telah dikuatkuasakan mulai penggal pertama persekolahan. 2)Rajesh membuat laporan tentang kejadian itu kepada pihak pengawal. 3)Usah melonggarkan hubungan persahabatan kita yang telah lama terjalin. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1. Mereka memberitahu kami bahawa peraturan itu berkuat kuasa mulai penggal pertama persekolahan. 2. Rajesh membuat laporan tentang kejadian itu kepada pihak pengawal. 3. Usah longgarkan hubungan persahabatan kita yang telah lama terjalin. | Tatabahasa | 16.07.2012 |