salam sejahtera, Encik, Adakah ayat ini betul atau sebaliknya. Sesiapa yang makan makanan yang telah tercemar kepada bakteria akan menunjukkan gajala-gejala keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah-muntah. Sekian terima kasih. | Ayat ini diperbetul menjadi - Sesiapa yang makan makanan tercemar berkemungkinan akan mengalami keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah-muntah. | Tatabahasa | 09.07.2008 |
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara punca berlakunya keracunan makanan ialah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. | Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara punca berlakunya keracunan makanan termasuklah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Lori itu muak dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, muak ialah 1. sudah jemu (kerana selalu benar memakan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yangg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dll) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), menepukan. Ayat kedua betul manakala ayat kedua perlu dipinda seperti berikut; 1. Lori itu muat dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Tatabahasa | 18.07.2013 |