Yang mana betul? a)martabak b)murtabak | Ejaan yang betul ialah martabak. Untuk mengetahui ejaan atau makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 10.09.2008 |
Salam Sejahtera, Saya ingin memohon penjelasan serta pengesahan berkenaan ejaan seperti berikut: 1. Murtabak atau Martabak 2. Kari Devil atau Kari Debal | Ejaan yang betul ialah “martabak”. Manakala bagi ejaan “Kari Devil” atau “Kari Debal”, lazimnya ditulis atau disebut dengan ejaan “Kari Debal” mengikut ejaan asal masyarakat Serani. | Ejaan | 11.06.2020 |
assalamualaikum w.b.t saya ingin mengetahui kesalahan perkataan di bawah merujuk kepada kesalahan apa?? 1. pra-bayar 2. mee 3. disini 4. perabut 5. kashier 6. kelinik 7. pasaraya 8. batek 9. pelancungan 10. amalam 11. plan 12. warong 13. keaw teau 14. di larang 15. ajen 16. juru wang 17. murtabak 18. alatulis 19. goreng pisang 20. qualiti | Ejaan yang betul ialah: 1. prabayar 2. mi 3. di sini 4. perabot 5. Tidak ada perkataan "kashier" dalam bahasa Melayu 6. klinik 7. pasar raya 8. batik 9. pelancongan (lancung bermaksud i. tidak tulen, palsu ii. tidak jujur, tidak sebenarnya, curang) 10. amalan 11. pelan 12. warung 13. kuetiau 14. dilarang 15. ejen 16. juruwang 17. martabak 18. alat tulis 19. pisang goreng 20. kualiti | Ejaan | 30.03.2012 |