Salam dan selamat pagi. Apakah padanan yang bersesuaian bagi kedua-dua istilah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk gred durian iaitu 'musang king'? Adakah seperti berikut: - Durian Musang King (BM) - Durian of Mousang King (English) Terima kasih. | Musang king merupakan nama yang merujuk kod dan jenis durian. Maka, ejaan bagi nama durian tersebut perlu dikekalkan dengan menggunakan huruf kecil (kecuali pada permulaan ayat) seperti tumbuhan lain. Contohnya, durian belanda, lidah buaya dan periuk kera. | Ejaan | 10.02.2020 |
Anak musang ---- tangan Amran sehingga berdarah. A memamah B memagut C menggerit. 1 E lakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR . 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Pilih ayat yang menggunakan perkataan KABUR dengan betul. | A. Ketiga-tiga pilihan jawapan yang diberikan tidak sesuai. Dicadangkan: Anak musang menggigit tangan Amran sehingga berdarah. B. 1 Elakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR. 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Untuk ayat 1 dan 2, perkataan kabur boleh digunakan. Untuk ayat 3 dan 4, tidak sesuai digunakan. Untuk ayat 3, perkataan kabur perlu ditukarkan kepada tidak jelas. Manakala untuk ayat 4, perkataan yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan kabur ialah mendung.
| Lain-lain | 06.09.2015 |
Binatang apakah yang digelar Sang Lamri | Binatang yang digelar Sang Lamri ialah musang. | Lain-lain | 11.05.2010 |
soalan pertama 1. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan negeri Sarawak. 2. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan Negeri Sarawak. soalan saya: Merujuk kepada ayat di atas, penggunaan negeri Sarawak atau Negeri Sarawak betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul. Soalan kedua 1. Orang Melayu memakai baju Melayu. 2. Orang Melayu memakai Baju Melayu. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas pengggunaan baju Melayu atau Baju Melayu betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Soalan ketiga 1. Beliau ialah Guru Besar sekolah saya. 2. Beliau ialah guru besar sekolah saya. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas, penggunaan guru besar atau Guru Besar betul? Ayat 1 atau ayat 2 betul? Soalan keempat 1.Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional kaum Cina. 2. Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional Kaum Cina. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas penggunaan Kaum Cina atau kaum Cina betul?ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Sekian terima kasih. Tan Foo Sian | Saudara, Jawapan yang tepat ialah: 1. Ayat pertama jawapan yang betul ialah, 'negeri Sarawak' Penggunaan huruf besar pada perkataan 'negeri' apabila terletak di pangkal ayat sahaja kecuali pada kata nama khas misalnya 'Negeri Sembilan' 2. Ayat kedua jawapan yang tepat adalah 'baju Melayu'. Namun, sekiranya Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga pula, perlu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut. 3. Ayat yang betul ialah 'guru besar'. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis. 4. Jawapan yang tepat ialah 'kaum Cina' Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 13.08.2012 |