Apakah terjemahan bagi 'music cover' dan 'piano cover' berdasarkan contoh ayat di bawah. 1) Dia menyanyikan 'music cover' lagu 'Sahabatku' yang dinyanyikan oleh Kumpulan Devotees. 2) Dia memainkan 'piano cover' lagu 'My Love' yang dipopularkan oleh Kumpulan Westlife. | Cadangan terjemahan berdasarkan konteks ayat yang diberikan bagi music cover ialah "menyanyikan semula lagu" manakala piano cover ialah "memainkan semula muzik dengan piano". | Makna | 02.02.2022 |
Country Music | Tiada soalan yang dikemukakan. sila hubungi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas. | Lain-lain | 30.08.2012 |
FINGER TALK MUSIC HOUSE SDN BHD | Sila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas. Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan sertakan gambar dalam bentuk jpeg atau gif. | Lain-lain | 06.04.2015 |
Adakah terdapat padanan bagi "sheet music" dalam bahasa Melayu? | Cadangan padanan bagi istilah music sheet dalam bahasa Melayu ialah lembaran muzik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 16.11.2024 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan yang lebih tepat bagi "music producer". Adakah penerbit muzik atau penerbit lagu? Terima kasih | Cadangan kami music producer diterjemahkan kepada penerbit lagu. | Tatabahasa | 09.12.2014 |
Mohon memberi nasihat tentang penterjemahan "country music". Adakah "muzik desa" sesuai? Jika tidak, bolehkah kita kekalkannya dalam Bahasa Inggeris? | Country ialah nama khas, tidak perlu diterjemahkan. Maka country music dalam wacana bahasa Melayu disebut muzik country. | Istilah | 10.07.2015 |
Salam sejahtera! Bolehkah "muzik tekno" digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk "techno music"? Sekian, terima kasih! | Muzik tekno boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk techno music. | Istilah | 12.08.2020 |
1) Adakah wujudnya perkataan "Pengutip Muzik" dalam Bahasa Malaysia (BM)? 2) Apakah perkataan BM untuk perkataan Inggeris "Music Composer"? | Padanan bahasa Melayu bagi music composer ialah penggubah muzik. Perkataan pengutip mizik tidak ada dalam rekod kami. | Istilah | 18.11.2008 |
Apakah terjemahan bagi 'music cover' dan 'piano cover'? | Mohon berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami boleh memberikan terjemahan yang lebih sesuai mengikut konteks ayat | Makna | 30.09.2021 |
Saya ingin tahu sama ada istilah Bahasa Melayu khusus untuk istilah 'Rickrolling'. Rickrolling is an Internet meme[1][2] involving the music video for the 1987 Rick Astley song "Never Gonna Give You Up". The meme is a bait and switch; a person provides a hyperlink seemingly relevant to the topic at hand, but actually leads to Astley's video. Berdasarkan penerangan Wikipedia di atas, apakah padanan paling sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah tersebut? Atau kekalkan sahaja istilah 'Rickrolling'? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rickrolling". Kami akan mengemukakan istilah ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 01.04.2013 |