| Salam sejahtera, nak tanya ayat ini gramatis atau tidak. Saya berasa, musim bunga adalah antara musim yang paling bagus dalam setahun. Adakah penggunaan "antara" betul? Sekian, terima kasih. | Penggunaan kata antara dalam ayat tersebut betul. | Lain-lain | 05.08.2019 |
| Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'merecup' sesuai digunakan pada masa kini? Adakah perkataan ini kerap digunakan? Contohnya dalam ayat, "Sebaik sahaja salji mencair pada musim bunga, ia pun mula merecup subur." Terima kasih. | Dalam Korpus DBP terdapat 18 penggunaan perkataan "merecup" dan lazimnya penggunaan perkataan ini dalam bidang Kesusasteraan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh membuat rujukan di sini http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/Search2.aspx | Makna | 07.10.2015 |
| 1. Awangku Merali sering termenung sejak BELAKANGAN ini kerana kecewa akan sikap keluarganya. Adakah penggunaan BELAKANGAN di atas betul? Apakah perbezaan BELAKANGAN dan KEBELAKANGAN? 2. Pemantauan harga barang-barang perlu dibuat secara mengejut terutamanya DI musim-musim perayaan? Adakah penggunaan DI di atas betul? 3. Pasu bunga itu pecah kerana IA dilanggar oleh adik. Bolehkah perkataan IA digunakan dalam ayat di atas? Terima kasih! | 1. Kedua-duanya sama, iaitu belakangan dan kebelakangan. 2. Yang betul ialah "pada musim-musim perayaan". 3. Penggunaan "ia" untuk merujuk manusia sahaja. Walau bagaimanapun, ayat boleh ditulis "Pasu bunga itu pecah kerana dilanggar oleh adik" | Tatabahasa | 06.10.2009 |